Semakan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Januari, 2014, dijangka memberi kesan sementara kepada kadar inflasi negara, kemungkinan naik sedikit kepada 3.0% tahun depan daripada 2.8% sekarang, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (gambar), hari ini.
Beliau berkata bank pusat itu tidak menilai bagi asas bulan ke bulan.
"Penilaian awal kami ialah ia mungkin menyebabkan kenaikan inflasi sebanyak 0.4%. Justeru, memandangkan kadar semasa ialah 2.8%, ia boleh mencecah 3.0%," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Tenaga 2013, di sini.
Zeti berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai pengumuman semakan tarif elektrik oleh kerajaan semalam.
"Kami melihat kepada trend dan penilaian kami ialah pelarasan ini akan memberi kesan sementara kepada inflasi," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan