MSTAR ONLINE
KEMAMAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata
sudah tiba masanya pengwujudan sistem amaran awal banjir dikaji, bagi
memudahkan negara mengesan berlakunya bencana itu, dan semua pihak
bersedia lebih awal dengan pelbagai kemungkinan.
Timbalan perdana menteri berkata dengan adanya sistem itu, ramalan awal dapat dilakukan seperti yang dilakukan negara maju, dalam mengatasi masalah yang dihadapi mangsa bencana alam.
"Di negara maju tidak berlaku banjir tetapi ada salji dan mereka dapat meramalkan kejadian itu lebih awal.
"Namun kita faham di negara ini payah nak buat ramalan yang tepat kerana paten hujan berubah-ubah dan kita perlu suatu sistem sebegini," katanya ketika melakukan lawatan di pusat pemindahan banjir pada Jumaat.
Katanya jika sistem amaran awal banjir negara dimodenkan, ia akan memberi manfaat, dan memudahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat hebahan kepada penduduk kawasan yang sering dilanda banjir.
"Saya percaya teknologi moden dapat dimanfaatkan dan perkara ini boleh MKNteliti dan orang ramai akan turut menerima amaran awal," katanya.-BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan