Kekalkan Khalid Sebagai Menteri Besar Selangor - Mah
Mah Siew Keong.
ALOR SETAR: Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim harus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor kerana
beliau amat mahir dengan masalah yang melanda negeri itu, kata Presiden
Gerakan Datuk Mah Siew Keong.
"Khalid adalah seorang yang berhemat dan lebih baik daripada alternatif lain untuk menerajui negeri itu.
"Tapi jika perebutan kuasa di Selangor semakin meruncing, pilihan raya
segera harus diadakan agar rakyat dapat menentukan semula pemimpin di
negeri itu," kata Mah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan tahunan Gerakan Kedah di sini, Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan