Beliau berkata setakat ini hubungan dan kerjasama dengan Palestin sekadar diplomatik, perdangangan dan kebudayaan sahaja.
"Malaysia juga merupakan penyokong kuat pejuang Palestin dari segi moral dan bantuan kemanusiaan.
"Sokongan padu rakyat adalah kerana hubungan baik antara pemimpin Malaysia dan Palestin yang telah terjalin sekian lama dan ada kemungkinan ini menyebabkan pihak Israel tidak berpuas hati," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
"Ini adalah percubaan untuk menutup malu mereka kerana gagal berdepan dengan pejuang-pejuang Hamas di Gaza.
"Israel perlu membuktikan dakwaan ini secara serius, kerana secara jelasnya tentera Israel telah melakukan serangan keganasan ke atas bumi Gaza yang sehingga kini telah mengorbankan 1,300 nyawa rakyat Palestin yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan