HALAMAN SANTAI

Jumaat, 22 Ogos 2014

Kuasa media lebih digeruni dari tentera

WARTA UTARA


ALOR SETAR: Peranan media begitu hebat dalam memberikan pemahaman kepada rakyat, bahkan ia mampu menjatuh dan membangunkan sesebuah kerajaan.Ketika menyampaikan ucapan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku Sultan Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya (PAS-Alor Mengkudu) berkata, kalau dulu kerajaan takut kepada kuasa tentera, takut kepada rakyat dan kebangkitan mahasiswa tetapi sekarang kerajaan juga takut kepada kuasa media.

Beliau turut mengambil contoh kontroversi yang timbul akibat penyiaran berita oleh akhbarakhbar harian yang menyentuh tentang pentadbiran kerajaan sesebuah negeri dan juga mengenai peranan media semasa lima tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah dulu.

“Pihak di sebelah sana (BN) asyik menyebut mengenai pengalaman mereka sebagai pembangkang selama lima tahun dulu itu, tapi Pakatan Rakyat selaku kerajaan pada masa itu cukup teruk dikerjakan oleh media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.

“Ini termasuk cuba mengeruhkan hubungan dengan Istana seperti yang kena kepada Adun Kubang Rotan dulu, seolah-olah digambarkan Adun tersebut sudah tak layak berpijak di bumi Kedah ini,” katanya.

Perbahasan Ustaz Ahmad turut menarik minta Dato’ Ahmad Lebai Sudin (BN-Bukit Lada) yang mencelah dengan bertanyakan sama ada Harakah mampu menandingi media kerajaan dan juga celahan daripada Ali Yahya (BN-Pantai Merdeka) yang menyebut peranan media yang juga turut menjatuhkan kerajaan BN Kedah pada tahun 2008 dulu.

Tiada ulasan: