MALAYSIAKINI
Jun lalu, tiang penambat kilat jatuh dari tingkat 21 Menara Umno di
Pulau Pinang dalam satu kejadian ribut, mengakibatkan dua orang
terbunuh.
Salah seorang mangsa ialah penjaja Lim Chin Aik, 44, yang kebetulan
melalui Jalan Macalister pada hari kejadian tersebut pada 13 Jun.
Sehingga hari ini, mayatnya yang dihempap struktur tersebut tidak pernah
ditemui.
Semalam, 'signage' (Paparan logo) di bumbung Menara Umno yang kelihatan
senget 15 darjah, tersebar di media sosial, telah menimbulkan sedikit
kebimbangan di kalangan orang ramai.
Pengguna facebook memberi amaran supaya orang ramai menjauhi Jalan
Macalister di mana bangunan itu terletak kerana struktur tersebut
kelihatan senget.
Bagaimanapun, Pengarah Bangunan, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Yew Tung Seang menafikan perkara itu.
Ketika ditanya hari ini, Yew berkata jabatannya telah segera menghantar pegawainya untuk memeriksa bangunan.
"Kami pergi untuk memeriksa sebaik sahaja kita mendengar khabar angin
dan kebimbangan rakyat, terutama selepas gambar dilihat beredar di
Facebook," Yew kepada Malaysiakini.
"MPPP menghantar pegawai kami ke tempat itu petang semalam untuk siasatan lanjut," katanya.
Yew berkata MPPP mendapati rangka struktur bumbung bahagian atas itu utuh dan tidak ada tanda-tanda ianya senget.
Beliau menambah bahawa gambar yang diedar secara meluas di laman sosial
itu diambil dari sudut yang menunjukkan seolah-olah struktur itu condong
tetapi ia memang direka sebegitu.
"Sudut Ini akan memberikan kesan visual yang mengelirukan jika dilihat dari sudut tertentu," kata Yew.
Beliau menggesa orang ramai supaya memeriksa atau membuat aduan kepada
MPPP terlebih dahulu sebelum mengedar gambar tersebut di laman sosial,
sehingga menimbul rasa panik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan