HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Ogos 2014

Khalid: Struktur semula air legasi saya

MALAYSIAKINI


 


Perjanjian penstrukturan semula air kerajaan Selangor dengan kerajaan persekutuan akan, mudah-mudahan, menjadi salah satu legasi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar negeri itu.

Bercakap kepada penjawat awam negeri di perhimpunan bulanan pagi ini, Khalid berkata, sejak mengambil alih jawatan menteri besar, matlamat utama beliau ialah untuk meninggalkan legasi sebagai ketua kerajaan di negeri ini.

Jika itu tercapai, katanya, beliau menganggap dirinya sebagai telah berjaya.

Beliau berharap penstrukturan semula air itu akan mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor.

Khalid juga menggunakan puisi Rudyard Kipling untuk secara halus menunjukkan bahawa beliau masih percaya kepada dirinya sendiri, walaupun orang lain tidak mempercayainya, untuk kekal berprinsip dalam berdepan dengan kesukaran dan kritikan.

Tiada ulasan: