MALAYSIAKINI
Orang ramai akan lebih mudah menyertai Umno ekoran keputusan Majlis
Tertinggi yang memberi kuasa kepada negeri untuk meluluskan permohonan
keahlian baru, kata Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin.
Katanya, isu proses keahlian baharu Umno sering dibangkitkan orang ramai kerana perlu menjalani proses yang lama.
"Saya
amat mengalu-alukan keputusan yang telah dibuat kerana ia boleh
memudahkan permohonan keahlian baru, sekaligus dapat bersama-sama
menyumbang kepada perjuangan Umno.
"Sebelum ini, kaedah pendaftaran ahli mengambil tempoh berbulan sehingga membuatkan ahli baru berasa kecewa.
Proses untuk jadi ahli Umno sepatutnya mudah agar lebih ramai boleh jadi
ahli," katanya selepas merasmikan Program Tuisyen HELP-YPM di Sekolah
Menengah Kebangsaan Permas Jaya 2 di Johor Bahru semalam.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie
Apdal bahawa Majlis Tertinggi memberi kuasa kepada semua badan
perhubungan negeri untuk meluluskan keahlian baharu dengan syarat setiap
permohonan disertakan dengan resit pengesahan sebagai pemilih berdaftar
yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mohd Shafie, yang merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Marang,
Terengganu, berkata keputusan itu dibuat berikutan pelbagai masalah
ketika menggunakan kaedah lama yang memerlukan borang permohonan
dihantar ke ibu pejabat parti untuk mendapat kelulusan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan