MALAYSIAKINI
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan memberi peringatan kepada
pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor agar tidak
menganggap PAS sebagai sebuah agama.
Menurutnya, berdasarkan maklum balas daripada akar umbi, beliau mendapati terdapat penduduk di kawasan itu yang menganggap PAS sebagai satu akidah.
Menurutnya, berdasarkan maklum balas daripada akar umbi, beliau mendapati terdapat penduduk di kawasan itu yang menganggap PAS sebagai satu akidah.
Dengan memberikan contoh di lima Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang kalah
kepada pembangkang, Ahmad yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana
Menteri berkata, penduduk di sesetengah kawasan seperti tidak
menghiraukan "layanan" baik yang telah diberi oleh kerajaan pusat.
"Mereka anggap PAS ini sebagai satu akidah yang tak boleh diganggu-gugat
dalam kehidupan. Walaupun di lima PDM ini kawasan pantai, dan nelayan
ini dibantu dengan baik oleh kerajaan pusat, namun kelihatan mereka tak
hiraukan sangat tentang bantuan itu.
"Macam-macam kita dah buat untuk nelayan namun mereka masih anggap PAS
itu sebagai satu akidah. Ini yang kita cuba nak pecahkan. Di kawasan
Geting misalnya, yang pekat dengan kefahaman itu.
"Kita cuba nak pecahkan kebuntuan fikiran itu. PAS bukan agama. PAS juga
parti politik sama macam Umno, PKR, DAP," katanya pada sidang media
selepas membuat lawatan di Pusat Media DUN Pengkalan Kubor, Tumpat,
Kelantan.
PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk
Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di
Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.
Dalam pilihan raya umum 2013, Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan
calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary
dengan majoriti 1,736 undi.
BN kalah di lima kawasan PDM dalam DUN itu iaitu Telaga Bata, Geting, Ketil, Tebing dan Kedai Geting.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan