KUALA LUMPUR - Kebebasan bersuara tidak sewajarnya digunakan mana-mana
individu untuk menyatakan ketidakpuasan hati sehingga mencetuskan
perpecahan bangsa yang akhirnya menggugatkan keamanan dan kestabilan
negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, sudah tiba masanya suara kesederhanaan bangkit dan mengutuk sekeras-kerasnya kelantangan pendapat yang dibimbangi akan menyebarkan fitnah dan menjadi ekstremis dalam masyarakat.
“Kita tidak boleh membiarkan suara dan tindakan segelintir pelampau begitu sahaja. Kerajaan dan seluruh rakyat negara ini harus memainkan peranan bagi memastikan perbuatan mereka tidak tersebar.
“Tindakan ini boleh membangkitkan kemarahan apatah lagi ada yang bertindak berani dengan mempertikaikan aktiviti keagamaan seperti yang berlaku baru-baru ini... mengeluarkan kenyataan di laman sosial
Joseph berkata, bagi meraih keharmonian dan keamanan, ia bukan sahaja terletak pada kepatuhan kepada Perlembagaan Persekutuan tetapi semangat saling memberi dan menerima serta menghormati perbezaan pendapat antara individu.
Empat topik dibincangkan dalam forum dihadiri lebih 200 peserta itu, antaranya isu Perkongsian Maklumat Ke Arah Menuju Masa Hadapan dan Kepimpinan Generasi Akan Datang: Perspektif Perpaduan Dari Kaca Mata Generasi Muda.
Antara panel terlibat dalam forum itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah; Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom dan Pengarah Institut Kajian dan Latihan Integrasi
Nasional, Ho Khek Hua.
Sementara itu, Saifuddin memberitahu setiap masyarakat harus menghormati apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk Islam sebagai agama rasmi.
“Suara kesederhanaan itu sendiri merujuk kepada suara rakyat yang berasaskan kepada kefahaman dan bergerak serentak menegakkan nilai-nilai yang baik dalam memandu Malaysia ke arah masa depan yang baik sekali gus menenggelamkan suara golongan pelampau
ini.
“Makna kesederhanaan boleh diistilahkan sebagai jalan tengah, keseimbangan dan kebijaksanaan.
"Sementara lawannya pula sebagai kekerasan, ekstrem dan berat sebelah,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Institut Pengurusan Malaysia Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther pula mahukan lebih banyak publisiti diberikan kepada kumpulan sederhana ini agar suara mereka didengar dan tidak ditenggelamkan oleh golongan yang bersuara lantang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, sudah tiba masanya suara kesederhanaan bangkit dan mengutuk sekeras-kerasnya kelantangan pendapat yang dibimbangi akan menyebarkan fitnah dan menjadi ekstremis dalam masyarakat.
“Kita tidak boleh membiarkan suara dan tindakan segelintir pelampau begitu sahaja. Kerajaan dan seluruh rakyat negara ini harus memainkan peranan bagi memastikan perbuatan mereka tidak tersebar.
“Tindakan ini boleh membangkitkan kemarahan apatah lagi ada yang bertindak berani dengan mempertikaikan aktiviti keagamaan seperti yang berlaku baru-baru ini... mengeluarkan kenyataan di laman sosial
Facebook
,
Twitter
dan sebagainya,” katanya ketika berucap
merasmikan Forum Perpaduan Nasional: Memperkukuhkan Suara Kesederhanaan, Bersama Bergerak ke Hadapan, semalam.Joseph berkata, bagi meraih keharmonian dan keamanan, ia bukan sahaja terletak pada kepatuhan kepada Perlembagaan Persekutuan tetapi semangat saling memberi dan menerima serta menghormati perbezaan pendapat antara individu.
Empat topik dibincangkan dalam forum dihadiri lebih 200 peserta itu, antaranya isu Perkongsian Maklumat Ke Arah Menuju Masa Hadapan dan Kepimpinan Generasi Akan Datang: Perspektif Perpaduan Dari Kaca Mata Generasi Muda.
Antara panel terlibat dalam forum itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah; Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom dan Pengarah Institut Kajian dan Latihan Integrasi
Nasional, Ho Khek Hua.
Sementara itu, Saifuddin memberitahu setiap masyarakat harus menghormati apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk Islam sebagai agama rasmi.
“Suara kesederhanaan itu sendiri merujuk kepada suara rakyat yang berasaskan kepada kefahaman dan bergerak serentak menegakkan nilai-nilai yang baik dalam memandu Malaysia ke arah masa depan yang baik sekali gus menenggelamkan suara golongan pelampau
ini.
“Makna kesederhanaan boleh diistilahkan sebagai jalan tengah, keseimbangan dan kebijaksanaan.
"Sementara lawannya pula sebagai kekerasan, ekstrem dan berat sebelah,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Institut Pengurusan Malaysia Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther pula mahukan lebih banyak publisiti diberikan kepada kumpulan sederhana ini agar suara mereka didengar dan tidak ditenggelamkan oleh golongan yang bersuara lantang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan