Ahli jawatakuasa pusat PAS Khalid Samad berkata dakwaan berhubung usaha
untuk menjatuhkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah
satu persepsi yang dibangkitkan oleh golongan digelar “ustaz muda” dalam
parti.
MP Shah Alam itu berkata PAS tidak pernah menjalankan sebarang usaha untuk menyingkirkan Abdul Hadi.
Katanya lagi, beliau juga sejak awal lagi tidak bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan kini menyebelahi PKR dalam usaha menukar menteri besar itu.
Bagaimanapun, pendiriannya itu menyebabkan beliau diserang oleh kumpulan ulama dalam PAS kerana didakwa "mengkhianati Hadi".
Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Khalid berkata apa yang berlaku dalam parti itu hanyalah perbezaan pendapat mengenai isu tertentu tanpa mencabar kepimpinan Abdul Hadi.
"Setakat mana yang saya tahu, selama ini di dalam Muktamar PAS memang tidak ada sesiapun yang dicalonkan untuk menandingi Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS.
Hadi tak puas hati
"Setakat mana yang saya tahu, memang kebanyakan, kalau tidakpun, keseluruhan ahli PAS, memang pada dasarnya tidak ada masalah dengan Ustaz Hadi.
“Sekalipun
beliau dilihat konservatif, hakikatnya dalam mesyuarat, beliau
membenarkan setiap orang memberi pandangan. Beliau tidak pernah kata
'ini padangan saya, kamu mesti ikut'. Tiada," katanya.
Beliau menjawab soalan berhubung sejauhmana serius usaha untuk menyingkir Abdul Hadi sebagai presiden dalam parti itu.
Mengakui MP Marang itu ada rasa "tidak puas hati" dengan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat dalam isu tertentu, namun Khalid berkata komitmen tokoh PAS itu dalam gabungan pembangkang itu tetap kukuh.
"Saya rasa (ia) tidak akan menimbulkan masalah, terhadap kepimpinan dalam pada Tok Guru Abdul Hadi. Hanya menjadi masalah, ada timbul persoalan (desas-desus) nak keluar Pakatan.
"Khabar angin ini sukar nak pisahkan antara betul dan direka. Saya rasa selagi mana komitmen (Hadi dalam) Pakatan Rakyat itu tetap mantap dan kukuh, (maka) tidak akan ada masalah," katanya.
Wawancara dijalankan oleh Abdul Rahim Sabri dan Ahmad Fadli KC
Katanya lagi, beliau juga sejak awal lagi tidak bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan kini menyebelahi PKR dalam usaha menukar menteri besar itu.
Bagaimanapun, pendiriannya itu menyebabkan beliau diserang oleh kumpulan ulama dalam PAS kerana didakwa "mengkhianati Hadi".
Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Khalid berkata apa yang berlaku dalam parti itu hanyalah perbezaan pendapat mengenai isu tertentu tanpa mencabar kepimpinan Abdul Hadi.
"Setakat mana yang saya tahu, selama ini di dalam Muktamar PAS memang tidak ada sesiapun yang dicalonkan untuk menandingi Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS.
Hadi tak puas hati
"Setakat mana yang saya tahu, memang kebanyakan, kalau tidakpun, keseluruhan ahli PAS, memang pada dasarnya tidak ada masalah dengan Ustaz Hadi.
Beliau menjawab soalan berhubung sejauhmana serius usaha untuk menyingkir Abdul Hadi sebagai presiden dalam parti itu.
Mengakui MP Marang itu ada rasa "tidak puas hati" dengan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat dalam isu tertentu, namun Khalid berkata komitmen tokoh PAS itu dalam gabungan pembangkang itu tetap kukuh.
"Saya rasa (ia) tidak akan menimbulkan masalah, terhadap kepimpinan dalam pada Tok Guru Abdul Hadi. Hanya menjadi masalah, ada timbul persoalan (desas-desus) nak keluar Pakatan.
"Khabar angin ini sukar nak pisahkan antara betul dan direka. Saya rasa selagi mana komitmen (Hadi dalam) Pakatan Rakyat itu tetap mantap dan kukuh, (maka) tidak akan ada masalah," katanya.
Wawancara dijalankan oleh Abdul Rahim Sabri dan Ahmad Fadli KC
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan
melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak
semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Mukhriz: Teguran Dr M terhadap PM bersifat sayang
Polis harus mohon maaf pada wartawan Mkini, kata NUJ
Tok Him enggan sokong BN jika hapus Akta Hasutan
PM: K'jaan tak akan tarik kebebasan bersuara di media sosial
VP PAS: Jangan campuri urusan dalaman kami
Kertas siasatan PPS diserah semula pada KUP minggu depan