HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 September 2014

Luar biasa jika Azizah dipilih jadi MB Selangor

Oleh Mageda Muda Mohd Nor
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Syukor Idrus berkata, jika Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu ia adalah 'luar biasa' dan satu sejarah baru tercipta.
 
Katanya, belum ada dalam sejarah Selangor, individu yang bukan anak jati negeri itu serta seorang wanita dilantik untuk jawatan tersebut.
 
"Ini tidak pernah berlaku, Pakatan Rakyat telah mencipta sejarah baru," kata ADUN Kuang itu.
 
Bagaimanapun, tegasnya Umno negeri akan menerima sesiapa sahaja Menteri Besar yang dipilih oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Beliau menambah, tiada ada sebarang masalah kepada Umno untuk berkerjasama dengan Menteri Besar yang baru sekalipun Azizah.
 
"Lihat kita menyokong perjanjan Langat 2 yang dibuat oleh (Menteri Besar) Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dari PKR.
 
"Yang penting Menteri Besar menjaga kebajikan rakyat Selangor, yang baik kita sokong tetapi yang tidak elok kita bantah" tambahnya.
 
Manakala, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula berkata, rakyat negeri itu akan marah jika Menteri Besar bukan rakyat tempatan.
 
Menurutnya, seperti rakyat negeri-negeri lain, warga Selangor mahukan anak jati menjadi Menteri Besar.
 
"Rakyat Kelantan akan marah jika orang Terengganu menjadi Menteri Besar Kelantan, orang Melaka akan marah jika rakyat Johor yang menjadi Ketua Menteri.
 
"Begitu juga dengan orang Selangor, mereka mahu rakyat negerinya yang menjadi Menteri Besar. Atau sekurang-kurang mereka warga Malaysia. Jadi Dr Wan Azizah kena  buktikan beliau dilahirkan di Malaysia," katanya.
 
Hamidzun yang juga seorang peguam berkata, untuk menjadi Menteri Besar Selangor tidak mestinya memegang jawatan utama parti.
 
"Jadi untuk menjadi Menteri Selangor tidak semesti memegang jawatan Presiden parti," ujarnya.
 
Dalam isu Selangor, PKR dan DAP berkeras mencalonkan Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid  yang telah dipecat dari PKR.
 
Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR mengemukakan dua nama calon kepada pihak istana.
 
Baginda juga menolak perletakan jawatan Khalid sehingga penggantinya dilantik.

Tiada ulasan: