HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 September 2014

PAS: Zahid Hamidi ‘tunjuk hero’ elak disingkir dari Kabinet




OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

 
PAS hari ini menyifatkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang cuba mengaitkan Unit Amal dengan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) usaha menyelamatkan masa depan menteri dalam negeri‎ dalam Umno.

 Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Zahid kini tidak disenangi parti komponen Barisan Nasional (BN) maka cuba menjadikan Unit Amal sebagai batu loncatan bagi mengharumkan namanya dalam Umno.

"Sebab itu dia masih hendak mencari populariti dalam meyakinkan perdana menteri supaya selepas ini rombakan Kabinet tidak membabitkannya keluar dari Kementerian Dalam Negeri  (KDN).


"Ini satu kemungkinan. Memang komponen BN membantah kalau Zahid diangkat jadi timbalan perdana menteri kerana sikap rasis yang ditunjukkannya dari banyak kenyataan yang sangat tidak menggembirakan BN.

"Sebab itu dia cari populariti dalam Umno. Beliau tunjuk hero, boleh lawan gangster. Hari ini beliau tunjuk Umno beliau berani berdepan dengan Unit Amal PAS. Hakikatnya beliau sedang berdepan ketidaktentuan masa depan politiknya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Zahid berkata Unit Amal PAS juga akan berdepan tindakan sebagaimana nasib yang diterima PPS kerana unit itu tidak didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (RoS).M/Insider

Tiada ulasan: