HALAMAN SANTAI

Selasa, 16 September 2014

Pilihan Raya Kecil: Biodata calon PAS PRK Pengkalan Kubor









DETIK DAILY


WAN ROSDI ialah anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong. Pernah mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di Tokyo, Jepun pada 1984.Wan Rosdi pernah menimba ilmu di Institut Kemahiran Mara di Sungai Petani, Kedah dalam binaan bangunan (1978-1980).

Pendidikan peringkat menengah di Maahad Muhamadi Pasir Mas sehingga lulus SPM. Pernah juga belajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Al Ihsan, Tanah Merah.

Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah. Susur galur keluarganya terbabit dengan PAS.

Ibunya, Wan Esah Wan Deris ialah Ketua Muslimat PAS Tanah Merah.

Beliau berhijrah ke Tumpat selepas berkahwin dengan Saadiah Salleh yang juga bekas Ketua Muslimat PAS Tumpat. Bagaimanapun isterinya meninggal dunia pada 14 Biodata calon PAS PRK Pengkalan Kubor Julai 2013.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 5 anak.

Wan Muhammad Khairul Amili bertugas sebagai jurutera, Wan Nor Hayani lulusan sarjana (UiTM), Wan Shakikah lulusan Sarjana Muda Bahasa Arab (USIM), Wan Mohd Shafiq lulusan Ijazah
Universiti Islam Sultan Shariff Riau, Pekan Baru Indonesia dan Wan Najibah lepasan Sarjana Muda Bahasa Arab (USIM).

Wan Rosdi juga pernah menjawat Ketua Unit Amal Tumpat di peringkat awal diwujudkan.

Sebelum terbabit sepenuh masa dengan parti, beliau mengurus perniagaan sendiri sebagai kontraktor binaan.

Kegiatannya dalam parti bermula sebagai ahli jawatankuasa Pemuda PAS Tumpat pada 1991 dan 1997 dilantik sebagai ahli jawatankuasa PAS Tumpat.

Selepas pilihan raya umum 1999, Wan Rosdi bertugas sebagai Setiausaha Adun Pengkalan Kubor, Wan Hussin Wan Ahmad.

Pernah juga dilantik sebagai Penolong Setiausaha PAS Tumpat dan Setiausaha Penerangan PAS kawasan. Mulai tahun lepas dilantik sebagai Setiausaha PAS Tumpat.

Hubungannya dengan masyarakat di Pengkalan Kubor tambah akrab selepas dilantik Penyelia Dun Pengkalan Kubor sejak 2009.

Beliau juga dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan pada 2013 dan ahli Majlis Daerah Tumpat (1997-2007).

Tiada ulasan: