KUALA LUMPUR:
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyediakan khidmat dan pembiayaan
guaman untuk mempertahankan mana-mana anggota Pasukan Peronda Sukarela
(PPS) yang ditahan secara salah oleh polis.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, khidmat tersebut disediakan kepada anggota PPS bukannya atas sebab salah laku jenayah, tetapi kerana menjaga kepentingan orang ramai, lapor Roketkini semalam.
Ini berikutan ancaman Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengatakan bahawa polis akan menangkap ahli-ahli (PPS) sekiranya mereka meneruskan kegiatan mereka.
Dalam laporan Bernama sebelum ini, Khalid mendakwa PPS menyimpang daripada objektif ketika ia ditubuhkan empat tahun lalu untuk berkhidmat kepada masyarakat apabila ia kini bertindak kasar terhadap orang awam dan wartawan.
“Khalid bukan sahaja salah, tetapi berbohong kerana menyatakan bahawa PPS menyimpang daripada objektif asal untuk membantu rakyat dan rondaan untuk melindungi keselamatan awam.
“PPS tidak pernah menyimpang daripada objektif memberi perkhidmatan kepada orang ramai,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan