HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 September 2014

Rakyat Malaysia Tinggal Di Lembah Klang atau Pulau Pinang Berpendapatan RM4,000 – RM20,000 Sebulan Adalah Kelas Pertengahan Sebenar. Setuju?




Kos Sara Hidup di Malaysia



Rakyat Malaysia Tinggal Di Lembah Klang atau Pulau Pinang Berpendapatan RM4,000 – RM20,000 Sebulan Adalah Kelas Pertengahan Sebenar. Setuju? : Hakikatnya nilai duit rakyat Malaysia dilihat semakin menyusut daripada tahun ke tahun. Apabila dibandingkan dengan kenaikan gaji & pendapatan rakyat Malaysia daripada tahun 1970 dahulu sehinggalah sekarang, pergerakannya….agak perlahan.

Apabila melihat dan mengeluarkan sahaja duit di ATM pada hujung bulan, sebenarnya anda tidak berseorangan sebenarnya, kerana yang setia “mengiringi dan menghimpit di ATM” akan meminta kita melaksanakan tanggungjawab membayar ansuran pinjaman kereta yang membebankan, ansuran pinjaman rumah yang tinggi, membeli barangan keperluan rumah, dan lain-lain lagi perbelanjaan bulanan anda. Akhirnya berapa yang tinggal di tangan anda sekarang pada hujung bulan seterusnya?

Ya…memang benar ada berlaku kenaikan gaji di Malaysia, bukanlah tidak berlaku langsung kenaikan gaji tetapi ahli akademik dan pakar ekonomi masih lagi melihat “Golongan yang berpendapatan serdahana” tidak banyak berubah kehidupannya sejak 10 tahun dahulu.

Semuanya kerana pendapatan dan gaji yang diperolehi tidak lagi mampu menampung dan mengekang nilai inflasi di Malaysia. Realitinya, kehidupan golongan pertengahan dilihat pada 20 tahun dahulu lebih baik berbanding sekarang

Perbandingan Purata Pendapatan Isi Rumah Tahun 1970 – 2012

 

  • Pendapatan Isi Rumah 1970 : RM264 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah 1974 : RM362 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah 1992 : RM1,563 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah 1995 : RM2,020 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah 1997 : RM2,606 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah 2002 : RM3,011 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah 2009 : RM4,025 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah 2012 : RM5,000 sebulan
Sumber : Unit Perancang Ekonomi
 

Trend Kenaikan Kos Sara Hidup di Malaysia

 

  1. Tarif Elektrik Naik : 29%
  2. Harga Petrol Naik : 11%
  3. Harga Diesel Naik : 11 %
  4. Harga Gula Naik : 14%
  5. Harga Ais Naik : 17%
  6. Harga Alat Tulis Naik : 2-%-30%
  7. Harga Barang Yang Lain : ?
Pendapatan Rakyat Malaysia 2014

Apa tafsiran golongan pertengahan di Malaysia? Ada yang mengatakan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas sudah boleh dikategorikan sebagai golongan pertengahan di Malaysia yang terdiri daripada 40%. Benarkah pendapatan RM3,000 sebulan tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur adalah terdiri daripada golongan pertengahan? Sebenarnya tidak sama sekali lagi. Sepertimana hasil kajian pakar ekonomi Dr Lean Hooi Hooi (USM) & Dr Wong Koi Nyen (Universiti Sunway) :
  • Dr Lean Hooi Hooi (USM) : Untuk kehidupan di Malaysia hari ini, Golongan pertengahan sepatutnya terdiri daripada kalangan individu & isi rumah yang yang berpendapatan RM4,000 – RM20,000 sebulan
  • Jikalau anda hanya berpendapatan sekitar RM10,000 anda sebenarnya dengan kehidupan persekitaran di Lembah Klang atau Pulau Pinang, anda hanya boleh menjalani kehiduapan “biasa-biasa sahaja” tidak mewah, tidak miskin
  • Dalam tempoh 5 tahun terakhir, tekanan inflasi di Malaysia terus melonjak tinggi. Realitinya boleh dilihat sendiri ketika membeli barangan, bagaimana trend kenaikannya?
  • Dr Wong Koi Nyen (Universiti Sunway) : Merasakan kelas menengah di Malaysia lebih sesuai dikategori dikalangan yang berpendapatan antara RM5,000 – RM10,000 sebulan. Anda berada dalam kategori ini?

Pendapatan Rakyat Malaysia Vs Hutang isi Rumah di Malaysia

 

Berdasarkan semakan statitik yang diperolehi daripada Bank Negara pula :
  • Secara purata pendapatan rakyat Malaysia hanya naik 5% setahun
  • Tetapi, hutang isi rumah melonjak sehingga 13% setahun
  • Akhirnya, pendapatan yang diperolehi rakyat Malaysia sekarang tidak mampu mengejar lonjakan hutang isi rumah di Malaysia
Contoh perbelanjaan kasar bulanan bagi keluarga 4 orang anak dengan pendapatan RM10,000 sebulan di Lembah Klang :
  • Pinjaman Rumah : RM1,813 sebulan (Rumah Bernilai RM400,000)
  • Pinjaman Kereta : RM1,515.96 sebulan (Kereta bernilai RM128,375)
  • Tangungan 4 orang anak : RM2,000
  • Utiliti : RM500
  • Insurans : RM400
  • Pengangkutan : RM1,000
  • Makanan & Barangan Dapur : RM1,500
  • Jumlah :RM8,728
  • Bakinya : ?????
Bagaimana dengan pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda pula? Mohon kongsikan untuk kajian kes?

Hari ini, kita masih lagi melihatkan kalangan yang berpendapatan RM5,000 sebulan dikategorikan sebagai berpendapatan serdahana (kelas pertengahan), mungkin esok mereka-mereka ini akan masuk dalam kumpulan 40%? Mungkin?

Tiada ulasan: