MALAYSIAKINI
Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov
cocktail' di Jalan Pinhorn di George Town pada kejadian kira-kira pukul
11.48 malam ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian
membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah Ketua Menteri itu
dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.
Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi
minyak tanah dan ia telah meletup dan terbakar selepas dibaling tetapi
tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.
"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah Ketua Menteri akan dikaji
untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu
diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita di
George Town pada Sabtu.
Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan