UPSR Bocor
SHAH ALAM - Tiga lagi guru termasuk seorang guru wanita yang ditahan
dalam tangkapan berasingan di Negeri Sembilan semalam dan awal pagi ini
direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes
kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) 2014.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Dahlia Azmi dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Seksyen itu menetapkan jika seseorang memiliki atau dalam kawalannya sesuatu rahsia rasmi atau perkataan kod, surat, maklumat, isyarat atau kata laluan rasmi yang rahsia, boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mereka bertiga tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira jam 10.10 pagi tadi.
Terdahulu, seorang jurutera ditahan di Kemaman berhubung kes kebocoran soalan UPSR turut direman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan