Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat diminta menghentikan segala kempen untuk
menjelaskan krisis semasa berhubung jawatan Menteri Besar di Selangor.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis
Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata
rakyat Malaysia terutamanya di Selangor semakin bijak dalam membezakan
tuntutan peribadi dan keperluan untuk negeri.
"Dalam keadaan sekarang, mereka yang mencetuskan masalah jadi mengapa nak menyalahkan orang lain?
"Jika mereka nak buat jelajah untuk menjelaskannya, mereka jangan fikir
rakyat bodoh. Rakyat Malaysia terutamanya di Selangor bijak untuk
menilai, jangan kita perkecilkan kemampuan mereka berfikir," katanya
ketika dihubungi Antarapos.
Mustafa sebelum itu diminta mengulas usaha PKR untuk mengadakan siri
jelajah ke 56 DUN di seluruh Selangor bagi menjelaskan perkembangan
terkini kemelut pencalonan Menteri Besar Selangor.
Siri jelajah itu akan disertai pimpinan tertinggi PKR termasuk Ketua Umum Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim.
Mustafa dalam pada itu mengingatkan Pakatan Rakyat untuk tidak
mengheret insitusi diraja ke dalam kemelut politik negeri itu, ini
kerana pandangan bebas dan keras terhadap instusi berkenaan hanya akan
mengundang kritikan.
"Jika mereka mempersoalkan institusi diraja, tentu akan mendatangkan
situasi sedemikian (kritikan). Pada saya, adalah tidak wajar mereka
membabitkan institusi diraja dalam politik. Raja tidak terlibat dengan
politik," ujarnya lagi.
PKR dan DAP sebelum ini mengundang murka Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah apabila hanya menghantar satu nama calon
pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim meskipun mereka diminta memberikan
lebih lebih daripada dua nama.
PKR dan DAP kemudiannya memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bagaimanapun Anwar dalam jawapan beliau kelmarin menegaskan akan
mengikut "konvensyen" sebelum ini dan dilaporkan mahu menghadap Sultan
bagi menjelaskan sendiri hal ini kepada baginda Tuanku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan