HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 September 2014

'Terpulang pada AG, polis untuk bertindak'

MALAYSIAKINI


Pejabat Peguam Negara dan polis akan mengambil tindakan susulan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Teoh Beng Hock, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.

"Kami menghormati keputusan mahkamah, dan perkara itu kini di tangan Pejabat AG dan pihak polis," kata Low (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kes ini kini sedang dinilai oleh kedua-dua pihak berkuasa tersebut," katanya.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

Tiada ulasan: