Laungan berulang kali untuk "teruskan menghasut", jelas menunjukkan bantahan mereka yang didakwa di bawah Akta Hasutan.
Pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) - sebuah gabungan menentang Hasutan Akta - menyaksikan penceramah dari kalangan aktivis hingga kepada ahli politik, secara berseloroh berkata rakyat harus "menghasut".
Video itu disambut dengan laungan "boo" dan "pembohong".
MP Pandan Rafizi Ramli yang didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dituduh "memfitnah" dan "memprovokasi" Umno berkata, ia adalah lumrah untuk memprovokasi Umno.
"Ia adalah tugas kami untuk menaikkan kemarahan mereka, jika tidak, kami bukan pembangkang," kata pemimpin PKR itu.
Rafizi menambah, beliau akan "terus menghasut" dan tidak takut untuk berdepan dengan banyak lagi tuduhan.
Justeru beliau mengakui sudah penat untuk dihadapkan ke mahkamah tetapi menamatkan ucapan beliau dengan ajakan "teruskan menghasut", disambut gelak ketawa dan sokongan hadirin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan