HALAMAN SANTAI

Selasa, 16 September 2014

Xavier nafi tandatangan akuan bersumpah keluar PKR

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menafikan dakwaan beliau menandatangani sebuah Akuan Bersumpah (SD) kononnya keluar PKR. 
 
Xavier yang juga Ketua Cabang Kota Raja percaya SD itu disebarkan untuk mengeruhkan lagi kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor.
 
Xavier  adalah antara pemimpin PKR yang lantang menyatakan pendapatnya berhubung pengurusan dan pentadbiran Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
"Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan bahawa saya telah membuat satu Akuan Bersumpah yang mendakwa bahawa saya selaku Ahli Dewan Negeri N.49 Seri Andalas telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Tulisan dan tandatangan yang ada pada dokumen tersebut adalah palsu, "completely fake". 
 
"Akuan Bersumpah palsu tersebut dikeluarkan dengan niat jahat menjejas nama baik saya serta bertujuan untuk mengeruhkan lagi isu pelantikan menteri besar yang kini cuba diselesaikan secara baik dan bijaksana," katanya dalam satu kenyataan media.
 
Sehubungan itu beliau membuat laporan polis dan mengarahkan peguamnya menimbang untuk tindakan lanjut.
 
"Saya telah membuat laporan polis pada hari ini dan berharap pihak berkuasa melakukan siasatan segera supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka keadilan. 
 
"Saya juga telah mengarahkan peguam saya  mengambil tindakan undang-undang yang sesuai," katanya lagi.

Tiada ulasan: