shahbudindotcom
Pampasan
sejumlah RM2.6 juta itu dibayar kepada lapan kakitangan Khalid Ibrahim
yang berundur berikutan pertukaran Menteri Besar Selangor.
Setelah
pembayaran pampasan itu diluluskan oleh Perbadanan Menteri Besar atau
MBI yang mana Khalid Ibrahim adalah salah seorang ahli lembaga
pengarahnya, ia kemudian dipersetujui pula oleh Exco Kerajaan Negeri di
mana ketika itu hanya dianggotai oleh Khalid bersama empat wakil
daripada Pas.
Sebagaimana
yang dilaporkan media, dalam ganjaran RM2.6 juta itu, penerima
terbesarnya ialah Faekah Husin, bekas CEO MBI yang menerima RM581,400
sebagai pampasan manakala sebanyak RM114,00 lagi sebagai ganti kepada
notis tiga bulan gaji.
Setiausaha
akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz pula dilaporkan menerima RM358,000
sebagai pampasan manakala RM55,000 lagi sebagai ganti notis tiga bulan
gaji.
Setiausaha
politik Khalid, Mustapha Mohd Taib dilaporkan menerima RM265,000
manakala kakitangan yang selebihnya dibayar antara RM97,000 hingga
RM230,000 sebagai pampasan dan antara RM18,000 hingga RM69,000 pula
sebagai ganti notis tiga bulan gaji.
Walaupun
Khalid mempertahankan tindakan pembayaran itu sebagai mengikut prosedur
dan hanya sekitar 2% peratus daripada tabungan RM112 juta yang dimiliki
oleh MBI, rata-rata orangramai mempersoalkannya kerana bukan saja
sesuatu yang luar biasa, bahkan jumlahnya juga terlalu tinggi.
Lebih
malang, Khalid yang selama ini dilihat begitu kedekut tiba-tiba boleh
bertukar menjadi pemurah demi kepentingan mereka yang pernah mempunyai
hubungan rapat dengannya.
Tetapi
yang lebih dikesalkan ialah empat Exco Pas yang setia bersama Khalid
ketika kemelut pertukaran Menteri Besar baru-baru ini dengan alasan
untuk mengelakkan kerajaan PR daripada tumbang dan seorang Exco yang
lain pula mengatakan untuk menjaga rizab RM3 bilion milik kerajaan
negeri, rupa-rupanya tidaklah seperti yang diharapkan.
Sekiranya
empat Exco itu mempunyai intergriti dan wibawa yang tinggi serta
memikirkan untuk untuk menjaga kepentingan rakyat melebihi segala yang
lain, mereka seharusnya membantah kelulusan ganjaran itu kerana ia jelas
tidak melibatkan rakyat bawahan atau marhaen.
Dalam keadaan sekarang, bukan saja Khalid yang dilihat bersalah, malah empat Exco Pas terbabit turut terbabit sama.
Kepada
semua penerima ganjaran itu, terutamanya Faekah yang selalu bercakap
soal hak dan kebenaran di saat-saat genting penyingkiran Khalid, inilah
masanya untuk membuktikan kejujuran dan jati diri masing-masing.
Lagi
pula, sebagai bekas Setiausaha Politik Khalid, sebagaimana yang disebut
sebelum ini, Faekah sudah pun mendapat faedah pencen daripada kerajaan
negeri. Begitu juga dengan Mustapa, jika khidmatnya melebihi 36 bulan,
beliau juga layak menerima pencen sebagai bekas Setiausaha Politik.
Sebelum
Exco kerajaan negeri yang diketuai oleh Azmin membuat apa-apa keputusan
pada mesyuaratnya Rabu ini, adalah amat terpuji jika beliau dan
rakan-rakannya yang lain tampil dengan sukarela memulangkan kembali wang
tersebut kepada MBI atau kerajaan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan