Kenaikan Kadar Tol Lebuhraya Naik Harga
2015 Untuk Rakyat atau Bayaran Pampasan RM558.69 Juta. Taikun Konsesi
Tol Tunggu Habuan : Nampaknya, ketika rakyat Malaysia mula mengikat
perut bagi meneruskan kelangsungan dengan kos sara hidup di Malaysia,
kalangan kapitalis & taikun konsesi tol sedang menunggu giliran dan
ternanti-nanti habuan yang bakal diterima mereka atas nama perjanjian
yang cukup memihak kepada mereka.Ratusan juta bakal terhidang untuk mereka tidak lama sahaja lagi.
Ada 2 pilihan sahaja samada mereka
menerima habuan terus daripada kerajaan Malaysia melalui bayaran
pampasan yang bakal diberikan kepada mereka ataupun konsesi tol ini akan
mengutip terus daripada rakyat melibatkan harga baru apabila kenaikan
tol naik harga “diizinkan” oleh
kerajaan Malaysia. Kedua-dua mekanisme ini tetap
melibatkan daripada hasil rakyat Malaysia juga. Pusing macam mana
sekalipun, yang untungnya tetap taikun konsesi tol di Malaysia.
KLIK SINI : PLUS Kutip RM4.1 Bilion (Untung Bersih RM2.5 Bilion : 61%).
KESAS? 121%!! Syarikat Untung Besar, Rakyat? Wajar Kenaikan Tol 2014?
- Bayaran pampasan tol kepada konsesi tol daripada kerajaan Malaysia. Kerajaan terus kehilangan dana, akhirnya bagaimana mahu menampung kekurangan tersebut?
- Kutipan terus daripada rakyat Malaysia selepas kenaikan tol naik harga, bakal mengurangkan lagi perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia setiap bulan
- Yang untung? Konsesi tol terus tersenyum lebar berniaga “skim cepat kaya versi taikun kaya” di atas bumi Malaysia
Senarai Kenaikan Tol Naik Harga 2015 atau Terima Pampasan Kerajaan?
Antara tol yang terbabit dengan bayaran
pampasan bernilai jutaan dan puluhan jutaan ringgit Malaysia ini atau
bakal mendapat lesen besar daripada kerajaan Malaysia untuk mengumumkan
kenaikan tol naik harga 2015 kelak ialah :
20 tol yang terbabit seperti di atas ini, akan menerima pampasan sejumlah RM558.69 juta.
- Tol Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
- Tol Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)
- Tol Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
- Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk)
- Tol Storm Water Management and Road Tunnel (Smart)
- Tol Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
- Tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)
- Tol Lebuhraya Senai Desaru (SDE)
- Tol Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
- Tol Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
- Tol Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas)
- Tol Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke)
- Tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
- Tol Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
- Tol Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB)
- Tol Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1)
- Tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
- Tol Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga)
- Tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar)
- Tol Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
Inilah yang dinamakan skim cepat kaya
kalangan taikun di Malaysia. Sudahlah untung puluhan, ratusan juta
malahan berbilion ringgit. Dapat pula, pampasan duit daripada kerajaan.
Hebat cara mereka beniaga. Hebat…..
Terbaru lain pula ceritanya dibelah kem
Kementerian Kerja Raya Malaysia (KRM) apabila Menteri Kerja Raya sendiri
Kementerian Kerja Raya (KKR) berpendapat lebih baik Putrajaya
membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol naik harga berbanding
kerajaan menggunakan peruntukan untuk membayar pampasan kepada
syarikat-syarikat konsesi tol. Berbanding kata-tanya daripada
timbalannya sendiri di Dewan Rakyat, Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid
Shirli yang mana kerajaan tiada rancangan untuk mengumumkan berita
kenaikan kadar tol naik harga 2015.
Sepatutnya kerajaan Malaysia perlu
umumkan berita kenaikan kadar tol naik harga pada tahun 2014 ini, tetapi
disebabkan desakan dan tentangan hebat oleh rakyat Malaysia. Akhirnya,
kerajaan terpaksa tangguhkan kenaikan tersebut. Walaubagaimanapun,
pemegang konsesi tol tetap mendapat habuannya sejumlah RM400 juta atas
nama pampasan.
Bagaimana pula dengan siri kenaikan tol naik harga 2015. Jadi atau tidak? Apa reaksi anda dan rakyat Malaysia kali ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan