KUALA LUMPUR - Kewujudan sekolah swasta di negara ini diakui menyumbang kepada jurang antara golongan kaya dengan miskin.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, hanya golongan berada yang mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta manakala golongan biasa menerima pendidikan di sekolah kebangsaan.
"Antara lain (sekolah swasta) menyumbang ke arah itu (jurang kaya miskin) sebab sekolah swasta ini kebanyakannya yang menghantar (anak) ke sekolah swasta ini orang yang berada.
"Orang yang tidak mampu sudah tentu tidak dapat menghantar ke sekolah swasta sebab yurannya berbeza-beza (tinggi)," katanya kepada Sinar Harian Online.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M: Sekolah swasta luaskan jurang kaya, miskin]
Menurutnya, negara kita telah menggalakkan kewujudan sekolah pelbagai jenis termasuk sekolah swasta.
"Apabila tidak ada kawalan, maka yurannya berbeza, silibusnya, cara pendidikannya dan ini mewujudkan jurang perpecahan di antara kaum itu sendiri.
"Di negara kita sahaja sebetulnya menggalakkan sekolah pelbagai jenis. Sekolah kebangsaan, sekolah swasta...macam-macam sekolah. Akhirnya masa depan generasi kita ini tidak terjamin," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa, kerajaan gagal meningkat standard sekolah-sekolah kebangsaan sedangkan perkara itu bukan mustahil.
"Saya tidak kata sekolah swasta itu adalah puncanya (jurang) tetapi puncanya adalah sekolah kerajaan itu sendiri dan kerajaan itu sendiri gagal dalam meningkatkan standard sekolah-sekolah kebangsaan.
"Tidak ada sebab mengapa sekolah kebangsaan kualitinya tidak boleh sebaik sekolah swasta," katanya.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mengambil contoh Perancis yang mengangkat sekolah kebangsaan.
"Itu (luaskan jurang kaya, miskin) memang. Itu isunya. Kalau kita pergi ke Perancis, tiada sekolah swasta, banyak sekolah kebangsaan. Adalah sedikit, 1 peratus. Kita panggil ini isu mobiliti sosial.
"Kalau murid itu daripada golongan miskin dan murid golongan kaya, dua-dua belajar di sekolah sama, menerima pendidikan yang sama. Maknanya, kalau murid yang kaya itu malas, (prestasinya) akan turun, murid miskin itu kalau dia buat kerja, dia boleh naik," katanya.
Manakala, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata sekolah swasta tidak menjadi masalah selagi silibusnya sama dengan sekolah kebangsaan.
"Kurikulumnya sama juga...silibusnya juga sama. Jangan silibus berlainan sudah. Kalau sama dengan sekolah kebangsaan, tidak menjadi masalah.
"Yalah. Orang ada duit nak pergi itu (hantar anak ke sekolah swasta) kenapa nak jadi masalah? Tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat, malah memudahkan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan