Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak perlu menjawab tiga perkara penting sebelum sidang Parlimen
berakhir Khamis ini, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Tiga perkara tersebut adalah Laporan Suruhanjaya Diraja
(RCI) Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Sabah, kertas putih ancaman
militan Negara Islam (IS) melibatkan rakyat Malaysia dan kenyataan
menteri berhubung skandal berbilion ringgit 1MDB.
“Jika laporan RCI PATI di Sabah tidak dibentangkan kepada
Parlimen minggu depan, ia bermakna tidak ada kemahuan politik untuk
menyelesaikan masalah itu.
“Penubuhan RCI hanya tipu muslihat pilihan raya untuk
mendapatkan undi dari penduduk Sabah dan malangnya ia berjaya
dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Bulan lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kampar Dr Ko Chung
Sen kertas putih mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti IS
sedang disediakan kerajaan.
Zahid mendakwa sejak Disember 2001, 167 rakyat Malaysia
telah terlibat dalam aktiviti militan di luar negara termasuk 39 yang
berjuang untuk IS di Iraq dan Syria.
Mengulas perkara itu, Kit Siang menyatakan ia perlu
dikemukakan segera berikutan dua perkembangan terkini berhubung aktiviti
keganasan rakyat Malaysia.
“Pertama, Malaysia tersenarai antara 50 negara di dunia
dalam Indeks Keganasan Global 2014. Kita sepatutnya menjadi salah satu
daripada 40 negara yang tidak mempunyai masalah dengan keganasan. -
Roketkini.com
“Kedua, penangkapan seorang lelaki dan dua wanita oleh
Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Sabtu lalu kerana
terlibat dengan aktiviti keganasan kumpulan militan IS.
“Pembentangan kertas putih menjadi lebih penting berikutan
kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa
pejuang ISIS Malaysia pulang untuk menyebarkan ideologi militan di
negara ini,” ujarnya.
Kit Siang turut mengulangi gesaannya kepada Najib, supaya
kenyataan parlimen mengenai skandal 1MDB dibuat untuk menunjukkan bahawa
beliau tidak cuba menutup pertanyaan awam dengan mengancam tindakan
undang-undang terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
“Najib tidak perlu mencela orang yang tidak bersalah (shoot
the messenger) hanya kerana mesejnya menuntut kebertanggungjawaban dan
ketelusan penuh mengenai skandal 1MDB.
“Jika beliau memiliki komitmen penuh dengan
bertanggungjawab, telus dan mengamalkan tadbir urus baik, apa yang perlu
dilakukan adalah mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
kedua-dua parti (BN, PR) mengenai 1MDB.
“Ia bagi memastikan tidak ada tipu muslihat berhubung
penglibatan atau sokongan kerajaan dalam urusan 1MDB,” tegas Ahli
Parlimen Gelang Patah itu. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan