SELANGOR KINI
SHAH ALAM: Setiausaha Politik
Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, Pejabat Dato’ Menteri
Besar menafikan membuat pengumuman menawarkan Bantuan Kewangan Pelajaran
Anak-Anak Selangor di beberapa institusi pendidikan tinggi di negeri
itu.
Shuhaimi berkata, penyebaran itu sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kekecohan terhadap pentadbiran Dato’ Menteri Besar yang baru.
Katanya,
walaupun Kerajaan Negeri mengambil perhatian berat dalam isu
pendidikan, namun sebarang pengumuman akan dibuat melalui saluran betul
dan dihebahkan dalam saluran media massa dan jabatan terbabit.
“Kerajaan Negeri bakal mengumumkan senarai bantuan kepada pelajar institusi pengajian tinggi dalam ucapan Belanjawan 2015 minggu hadapan,” kata Shuhaimi dalam kenyataan media.
Suhaimi berkata, beliau berharap semua rakyat dapat mengambil maklum perkara berkenaan dan menunggu pembentangan belanjawan negeri, pada 24 November ini.-NFN-
Shuhaimi berkata, penyebaran itu sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kekecohan terhadap pentadbiran Dato’ Menteri Besar yang baru.
“Kerajaan Negeri bakal mengumumkan senarai bantuan kepada pelajar institusi pengajian tinggi dalam ucapan Belanjawan 2015 minggu hadapan,” kata Shuhaimi dalam kenyataan media.
Suhaimi berkata, beliau berharap semua rakyat dapat mengambil maklum perkara berkenaan dan menunggu pembentangan belanjawan negeri, pada 24 November ini.-NFN-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan