MB Selangor
Azmin Ali mencadangkan pemberian peruntukan RM200 ribu setahun kepada ADUN2
pembangkang, yakni UMNO. Peruntukan sebanyak itu sama dengan peruntukan yang
diberi oleh kerajaan BN dalam sesetengah negeri yang mereka perintah- kepada ADUN mereka. ADUN pembangkang- yilek.
Peruntukan
yang ditempatkan dalam pejabat tanah dan daerah itu boleh diguna oleh adun2
dalam pelbagai perbelanjaan runcit keatas masyarakat- berian
kepada
rombongan( wanta UMNO suka pergi langkawi, ke Nilai, kemana mana
bersantai dan membeli belah), berian untuk mengadakan majlis itu dan
ini, pembelian pelbagai
barang keperluan dan sebagainya. Semua untuk rakyat kecuali wakil rakyat
yang
memalsukan tuntutan.
Beranikah kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai oleh UMNO memberi peruntukan
seperti itu kepada ahli parlimen dan adun pembangkang seperti yang diberi kepada
ADUN mereka?
Tindakan Azmin
amat saksama kerana wang yang diberi sebagai peruntukan itu bukanlah wang parti
Pakatan- tapi wang rakyat. Jika jumlah nya tidak sama seperti peruntukan yang
diberikan kepada ADUN Pakatan- sekurang kurang ada peruntukan untuk
pembangkang. Kita terima mesti ada perbezaan antara peruntukan untuk adun
kerajaan dan adun pembangkang. Peraturan seperti ini kita boleh terima.
Rakyat tidak
perlu khuatir sebab wang peruntukan tersebut bukan nya dimasukkan dalam akaun
peribadi wakil rakyat tapi diserahkan kepada pejabat tanah dan daerah. Kecuali saya rasa di Sarawak dimana peruntukan
dimasukkan kedlaam akaun peribadi.
Berani atau
tidak kerajaan UMNO memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dalam
negeri mereka? Tidak mengapa jika adun UMNO dapat RM600 ribu- kita hanya perlu RM240
ribu setahun. Tidak mengapa ahli parlimen UMNO dapat RM2 juta setahun- kita
hanya perlukan Rm1juta. Duit itu rakyat yang punya.
Wang rakyat
bukan bapak UMNO yang punya.
Anak
muda yang
selalu dikuliahkan siapa beri biasiswa kamu dan siapa beri kemudahan itu
dan
ini- jangan kisahkan semua nya itu. Masing2 mempunyai hak keatas
pendirian yang dipilih. Kita tidak ada masaalah kepada orang2 yang
berfikiran setelah menerima ehsan kerajaan mereka mahu menghamba-adbikan
diri dan bersetia membabi buta.
Ini masaalah pokok penyokong pemerintah-
hanya kerana mereka menyalurkan wang rakyat, mereka ingat mereka pemilik dan
tuan dan kita ini kuli dan hamba.
Selalu kita dengar orang menyebut- jangan tanya apa pemerintah boleh beri kamu, tanya apa
kamu boleh sumbangkan kepada kerajaan. Perkara ini saya sudah ulas banyak kali.
Bila kerajaan tanya jangan tanya apa pemerintah beri kamu- ini meletakkan
kerajaan itu sebagai tuhan yang mesti dipuja dan dimuliakan agar memberi ehsan
kepada hamba nya dan apa2 yang diberi adalah hasil belas ehsan yang mesti
dibalasi dengan penghambaan diri. Bila tanya apa sumbangan kamu kepada
kerajaan- kerajaan seolah menjadi tuan dan pemilik keatas rakyat.
Anak muda yang
bangun memberontak melakukan demikian, kerana gesaan memuja dan menghamba-abdikan
diri bertentangan dengan piagam individu berjiwa meredeka. Rakyat yang berjiwa
merdeka tidak anggap kerajaan atau pemerintah sesuatu yang menghimpit atau
menekan mereka dari atas. Pemerintah itu adalah wasilah atau jalan untuk
mencapai kepentingan bersama.
Golongan yang
cerah pemikiran hari ini bertanya- apakah yang mereka boleh capai melalui
kerajaan untuk kepentingan bersama. Bila pelajar dan golongan progresif lain
menentang kerajaan- mereka mendedahkan perihal keberadaan golongan yang
terpinggir yang tidak menikmati kesejahteraan bersama.
Mereka memberitahu
bahawa peranan kerajaan yang diujudkan oleh persetujuan rakyat jangan dijadikan
jentera menekan dan menindas rakyat.
Kerajaan yang
memerintah sekarang memegang semua duit rakyat yang bayar cukai memang
bertanggung jawab mengurus dan mentadbir wang rakyat. Pihak pembangkang dan
golongan yang menjaga conscience masyarakat memantau supaya wang rakyat
dibelanjakan secara berhemah dan memantau supaya pemerintah jangan zalim dan mencabul
hak rakyat.
Jika mereka
beri PTPTN atau bantuan lain, itu bukan wang diambil dari saku mereka sendiri-
bahkan wang tersebut adalah dari cukai yang diambil dari rakyat. Pelajar harus
berterima kasih tapi mesti berdiri menentang salah laku dan rasuah dan
pembulian keatas rakyat.
Kalau kerajaan
tidak cekap, korap, tidak adil, adalah menjadi tanggung jawab untuk semua warga
negara yang conscientious, bangun bercakap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan