HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 Disember 2014

196 warga asing ditahan dalam operasi di Seberang Perai Tengah

ANTARAPOS.COM


Post Pic
  
 
 
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan 196 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam empat serbuan di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) awal hari ini.
 
Ketua Polis Daerah SPT,Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 144 warga Myanmar termasuk tiga kanak-kanak dan empat wanita, Nepal (25), Bangladesh (19), Indonesia (enam) dan dua wanita Vietnam.
 
"Kesemua mereka gagal menunjukkan menunjukkan dokumen perjalanan yang sah, tidak mempunyai permit bekerja atau tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
 
Beliau berkata kesemua warga asing berusia antara sembilan dan 40 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk siasatan lanjut.
 
Operasi bersepadu selama tujuh jam itu berakhir 5 pagi tadi melibatkan 109 pegawai dan 825 anggota, yang memberi tumpuan kepada memantau kegiatan warga asing bagi menangani kes jenayah membabitkan golongan itu.
 
Rusli berkata, selain itu, sebanyak 1,956 kenderaan diperiksa meliputi 841 motosikal, 259 kereta, 19 van manakala selebihnya ialah lori dan bas melibatkan 1,403 pemandu serta penumpang.
 
Sejumlah 77 notis saman POL 257 dan 170A dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk memandu melebihi had laju, meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan dan tiada lesen memandu. - BERNAMA

Tiada ulasan: