MACHANG - Hospital Machang (Hosmac) perlu dinaiktarafkan dengan
menempatkan doktor pakar sesuai dengan lokasinya yang strategik, di
tengah-tengah Kelantan.
Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, doktor pakar di Hosmac menjadi keperluan kepada penduduk apabila mereka terpaksa ke hospital berdekatan termasuk Kuala Krai dan Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan lanjut jika penyakit yang dihidapi serius termasuk pembedahan.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan perlu mengambil kira keperluan tersebut, yang mana Hosmac lebih mudah untuk diakses oleh pesakit sesuai dengan kedudukannya di tengah-tengah negeri ini.
“Ramai pesakit di sini yang perlu mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kuala Krai dan Tanah Merah sedangkan kedua-dua hospital itu juga sesak dan dipenuhi pesakit dari daerah itu sendiri.
“Jarak yang dekat antara daerah ini dengan Kuala Krai dan Tanah Merah bukan alasan yang sesuai untuk tidak meletakkan doktor pakar di sini. Kita perlu utamakan keperluan rakyat dengan mengambil kira kemudahan dan keselesaan mereka.
"Hosmac mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit dengan kemudahan yang ada malangnya tiada doktor pakar yang ditempatkan di sini,” katanya selepas solat hajat sempena bangunan baharu Hosmac, di sini, kelmarin.
Bangunan dua tingkat membabitkan peruntukan sebanyak RM7.4 juta itu menyediakan 58 tempat yang selesa kepada pesakit dalam satu-satu masa yang mana merangkumi wad kanak-kanak dan lelaki.
Turut sama menjayakan majlis solat hajat itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Pengarah Hospital Machang, Dr Rohana Daud.
Ahmad Jazlan turut meluangkan masa lebih sejam untuk bertanya khabar pesakit-pesakit yang ditempatkan di wad tersebut, seterusnya menyampaikan sumbangan.
Sementara itu, bagi mengatasi masalah kesesakan di beberapa hospital daerah, Ahmad Razin berkata, pihaknya bakal melaksanakan hospital kluster mulai tahun depan dengan menempatkan beberapa doktor pakar di hospital itu.
Katanya, buat permulaan, doktor dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) akan ditempatkan di Hospital Tumpat dan Pasir Mas, dan seterusnya melaksanakannya di beberapa hospital di daerah lain.
Tambahnya, lawatan pakar tersebut akan diadakan secara bergilir-gilir dengan merangkumi pelbagai bidang demi kemudahan pesakit yang mana mereka tidak perlu ke hospital yang terletak jauh dari tempat tinggal mereka.
“Pelaksanaan hospital kluster ini bagaimanapun bergantung kepada jumlah doktor pakar yang ada. Jika ada ramai doktor pakar, kita akan hantar ke daerah-daerah bagi memenuhi keperluan pesakit-pesakit,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan