Mass Rapid Transit (MRT) Mass Rapid Transit (MRT)
 
 
SHAH ALAM - Mass Rapid Transit (MRT) menafikan insiden runtuhan konkrit di Putra Heights ada kaitan dengan projek Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT), petang tadi.
 
Menurut pihak MRT, kejadian runtuhan tersebut tidak berlaku pada mana-mana kawasan pembinaan MRT.
 
"Insiden di kawasan pembinaan Putra Heights dikaitkan dengan projek KVMRT telah silap dilaporkan.
 
"Insiden itu tidak berlaku pada mana-mana kawasan projek MRT," kata syarikat itu melalui laman sosial Facebooknya, sebentar tadi.
 
Sebelum itu, media tempatan melaporkan tiga pekerja pembinaan LRT di Putra Height dipercayai terperangkap di bawah lantai konkrit terminal yang runtuh 4.20 petang tadi.