MALAYSIAKINI
Memaksa pelajar Kristian menjalankan upacara keagamaan bawah pokok dan
mengikuti etika pakaian Melayu dan Muslim bertentangan dengan budaya
Malaysia, kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau mengulas berita akhbar Sabah Daily Express yang pada
Ahad melaporkan bahawa pelajar Kristian di sebuah kolej di Malaysia
Timur dipaksa menjalankan upacara keagamaan secara terbuka.
"Dakwaan
ini serius, tetapi kita perlu ingat bahawa dalam negara kita,
terutamanya di sekolah-sekolah, terdapat budaya kasih sayang.
"Dakwaan ini berlaku, ia tidak melambangkan negara atau kebudayaan kita," Idris dilapor sebagai berkata oleh The Star.
Kes itu akan dikendalikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Mary Yap Mar Yap (kanan), kata Idris yang juga anggota parlimen Besut.
Laporan itu juga menyebut, pelajar Kristian juga dikehendaki memakai
songkok manakala tudung pula untuk wanita jika mahu mengambil bahagian
dalam Parlimen Pelajar, dakwa pelajar.
Insiden terpencil
Menteri itu turut memberitahu media supaya adil dan mengetengahkan isu yang menggalakkan isu keharmonian kaum.
"Insiden seperti ini terpencil, tetapi kamu (media) terus ketengahkannya, seolah-olah tiada perpaduan dalam negara kita.
"Dalam surat khabar, kamu tidak akan baca bagaimana rakyat pelbagai kaum hidup bersama.
"Jika kita tidak ubah tumpuan kita kembali untuk menjadikan negara kita
dan rakyatnya hebat, kita mungkin lupa untuk berterima kasih untuk apa
yang Malaysia sudah capai," kata Idris.
Malaysiakini sudah menghubungi pentadbiran kolej itu dan menunggu jawapan daripada pengarahnya.
Kolej itu tidak dinamakan buat masa ini sementara menunggu reaksinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan