MALAYSIAKINI
Laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram
Sabah yang dinanti-nantikan akhirnya dilapor akan dikeluarkan di Kota
Kinabalu pada Rabu.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa (kiri) berkata laporan itu akan diumumkan dalam sebuah acara bersama media di Kompleks Tabung Haji di negeri itu, lapor The Star.
Perdana menteri sebelum ini mengumumkan bahawa laporan itu akan
diumumkan pada awal Disember, walaupun terdapat desakan supaya ia
dikeluarkan semasa sidang parlimen baru-baru ini.
Maklumat berhubung pengeluaran laporan itu didedahkan oleh pemberitahuan Kementerian Penerangan pada Isnin, menurut laporan itu.
Cadangan oleh laporan itu akan dikaji oleh panel diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Joseph Tan Sri Pairin Kitingan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan