HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 Disember 2014

Rafizi : Kenyataan Dr M tidak tepat

 
Barisan Nasional (BN) sewajarnya membanteras rasuah dan penyelewengan jika mahu tarik sokongan pengundi Cina
rafizi ramli


SHAH ALAM : Sokongan padu pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat (PR) adalah disebabkan dasar mereka yang memerangi rasuah dan memusuhi pembaziran, penyelewangan serta mengangkat amanah pentadbiran.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli menegaskan sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu menarik sokongan pengundi Cina ini, mereka sewajarnya membanteras rasuah dan penyelewengan.

“Kenyataan Tun Mahathir yang mahu mengaitkan pola sokongan rakyat itu dengan perkauman adalah tidak tepat kerana rakyat yang menyokong PR adalah berbilang bangsa.

“Tiada satu tawaran PR pun yang bertentangan dengan Perlembagaan atau menyentuh isu kedudukan istimewa orang Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu atau kedudukan raja-raja,” lapor Sinar Harian hari ini.

Rafizi yang merupakan Naib Presiden PKR menambah, perbezaan pendekatan PR dengan BN adalah mengenai anti rasuah, tata kelola, menghormati rakyat dan melayan semua rakyat dengan adil.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed semalam yang mengatakan parti seperti UMNO, PKR dan PAS terpaksa “mengemis” untuk mendapatkan sokongan politik daripada golongan Cina.

Mahathir berkata, sepatutnya orang Melayu (UMNO) boleh memenangi pilihan raya berdasarkan 60 peratus daripada penduduk di negara ini adalah orang Melayu.

Tambahnya, apabila orang Melayu terpaksa mengemis, kaum tersebut tidak lagi berkuasa di negara ini

Tiada ulasan: