Orang
ramai masih terkandas di Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran
Kampung Keroh akibat limpahan air dari Sungai Nal, semalam. - Foto
Bernama
SHAH ALAM - Ini bukan lagi masa untuk berpolitik. Sikap bermuafakat,
sanggup mengenepikan perbezaan dengan meletakkan kepentingan rakyat
khususnya mangsa banjir pada tahap yang tertinggi sebagaimana yang
ditunjukkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, juga timbalannya, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dengan kerajaan Pas Kelantan yang diketuai Datuk Ahmad
Yaakob harus jadi teladan kepada ahli politik di semua peringkat untuk
lebih mengutamakan apa yang lebih perlu diutamakan iaitu keselamatan
rakyat dalam menghadapi musibah.
Lebih daripada itu, apa yang ditunjukkan ketika kunjungan Perdana Menteri ke lokasi banjir di negeri itu semalam diharap menjadi titik tolak untuk suatu jalinan persefahaman yang lebih kukuh dapat dimeterai antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri pada masa hadapan.
"Nyawa dan keselamatan rakyat adalah segala-galanya dalam situasi ini," kata Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin kepada Sinar Harian selepas gambar-gambar Najib bersama Ahmad melawat mangsa banjir di negeri itu tersebar, semalam.
"Semua pihak perlu mengeratkan perpaduan dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik untuk membantu mereka yang amat memerlukan," katanya lagi.
Sementara itu, mengulas perkara yang sama, pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias al Hafiz @ Ustaz Kazim turut mengingatkan ahli politik supaya menghentikan segala perbalahan terutama ketika negara sedang dilanda banjir besar.
“Cukup-cukuplah berpolitik... orang kita berpolitik 24 jam tidak habis-habis. Bawa-bawalah untuk berbincang elok-elok, takkan nak bertelingkah sampai mati? Rakyat bawahan letih dengan isu yang tidak habis-habis," katanya.
Mohd Kazim turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas daripada agensi kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik dan sukarelawan yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di semua negeri yang berkenaan terutama di Pantai Timur yang dilanda bah dan disifatkan bencana paling buruk sejak 1962.
Dipetik daripada kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook beliau, Mohd Kazim turut mengajak semua rakyat negara ini tidak kira latar belakang juga ideologi untuk membantu dengan apa yang termampu.
Selain itu, beliau turut menyeru semua umat Islam di negara ini menghentikan program yang boleh melalaikan pada musim banjir dan digantikan dengan solat hajat.
Katanya, bencana banjir boleh disifatkan sebagai peringatan untuk umat Islam di negara ini untuk kembali kepada ajaran agama yang sebenar.
“Jangan lagi dihina kalimah ALLAH, jangan lagi dibenarkan lelaki berpakaian wanita, jangan lagi menghina hukum hudud, malah carilah jalan supaya umat Islam bersatu.
“Tolaklah ajaran pluralisme dan liberalisme. Jangan dibuat lagi pesta minum arak pada bulan Oktober dan mana-mana bulan sekalipun,” katanya.
Beliau juga berkata, stesen televisyen di negara ini perlu menjadi penyumbang kepada kebangkitan akhlak yang baik dan tidak menganjurkan program sia-sia.
Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian ketika menghubungi pejabat akhbar ini semalam mengatakan, musibah seperti bencana alam meskipun bersabit dengan faktor geografi, juga mengandungi makna yang tersirat untuk kita sama-sama fikirkan.
"Ia tidak terjadi atas faktor geografi semata-mata. ALLAH sedang menguji kita sebenarnya... sama ada kita nak insaf, bermuhasabah apa kesilapan yang kita telah buat atau sebaliknya," katanya.
Mengambil contoh kesan tragedi tsunami yang berlaku di Aceh 10 tahun lalu yang akhirnya menamatkan konflik politik di wilayah itu antara pemerintah Republik Indonesia dengan Gerakan Acheh Merdeka (GAM), beliau berkata, bencana banjir di negara ini walaupun tidaklah seberat itu, apa yang berlaku tetap ada hikmah di sebaliknya.
"Jadi saya kira, sudah sampai masa untuk ahli-ahli politik kita, tidak kira dari sebelah mana, dari parti mana untuk duduk merenung diri apa yang telah mereka lakukan untuk rakyat negara ini? Apa kesannya kepada masyarakat?
Sampai bila mereka hendak berpolitik? Bukan tidak boleh berpolitik tetapi carilah jalan yang terbaik untuk kita mengelakkan perpecahan dalam masyarakat," katanya.
Berpolitik, katanya tak akan habis walaupun dibahaskan setiap hari.
"Kalau nak bercakap tentang perbezaan, memang banyak. Tak akan habis tetapi ke arah mana kita hendak bawa masyarakat kita, pengikut kita? Cukup-cukuplah... Jadikanlah ini masa untuk kita bersatu, titik tolak untuk kita bersatu selama-lamanya.
"Biarlah ideologi berbeza tetapi bukan dalam pergaulan, silaturahim, apa lagi saudara seagama. Biarlah politik jadi cara untuk memilih pemimpin yang terbaik mengikut sistem demokrasi, bukan untuk memburukkan, menghodohkan sesama sendiri," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan