KUALA LUMPUR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menafikan
sekeras-kerasnya dakwaan bahawa agensi itu telah menyekat bantuan untuk
mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan.
Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad berkata, penyebaran berita palsu itu disebarkan melalui media sosial baru-baru ini.
"JPAM tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan untuk menyekat bekalan atau bantuan daripada mana-mana pihak.
"Malah kami (JPAM) sangat mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang awam kerana ketika saat negara ditimpa bencana sebegini, keselamatan nyawa rakyat menjadi keutamaan kami," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Zaitun menjelaskan, selain melaksanakan tugas mencari dan menyelamat, JPAM turut melakukan tugas memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara.
Di samping itu, katanya pihaknya juga melaksanakan tugas kemanusiaan seperti kes kecemasan, rawatan awal serta lain-lain perkhidmatan bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda orang awam terus terpelihara.
Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di enam negeri yang terjejas adalah 225,731 orang. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan