Penduduk berdekatan Pasir Tumbuh menggunakan perahu untuk meninjau keadaan banjir di kawasan berkenaan.
KOTA BHARU - Dalam kekalutan membantu mangsa banjir di Kelantan,
pengamal media turut tidak terkecuali turut menerima tempias bencana
alam itu.
Skuad Cakna Sinar Harian Machang, Zumurni Hamzah kini tinggal di rumah milik ibu bapanya di Tok Bok selepas kediamannya ditenggelami air melebihi paras paha.
Zumurni ketika dihubungi memberitahu, langkah awal diambil berikutan taburan hujan semakin meningkat dan air mula naik secara mendadak.
Selain itu, Skuad Cakna Sinar Harian Pasir Mas, Hazelen Liana Kamaruddin juga berdepan situasi sama, namun masih tinggal di kediamannya di Wakaf Bharu.
“Buat masa sekarang ini saya masih di sini, walaupun air makin naik. Saya mahu bersama-sama penduduk pindah ke pusat pemindahan kerana mereka mungkin memerlukan bantuan sepanjang proses berpindah nanti.” katanya.
Manakala Rohana Ismail yang juga Skuad Cakna Sinar Harian Tumpat kini mula terputus hubungan darat dengan pejabat utama Sinar Harian Kelantan apabila laluan utama menggunakan Jambatan Sultan Yahya Petra di kawasan Lembah Sireh kini ditutup kepada laluan orang ramai bermula, semalam.
Rohana yang giat membantu penduduk di kawasan tersebut hanya menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung dengan pejabat utama bagi urusan informasi terkini banjir di kawasan tersebut.
Kuala Krai, antara lokasi utama yang terjejas akibat bencana alam ini, malah Skuad Cakna Sinar Harian Kuala Krai, Azura Mohamad adalah antara mereka yang terpaksa merelakan air sungai menenggelamkan seluruh bahagian rumahnya.
Walaupun dia kini berada di tanah suci menunaikan ibadah umrah, namun doa dari jauh tetap dititipkan bagi memohon ujian ALLAH SWT itu cepat berakhir.
Sementara itu, sejak hari pertama banjir besar mula melanda Tanah Merah, Skuad Cakna Sinar Harian, Azman Che Man gagal dihubungi selepas memberitahu rakan melalui aplikasi WhatsApp mengenai bateri telefon bimbitnya hampir habis, namun semalam menerima khabar dia ditempatkan di pusat pemindahan di Kampung Bedal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan