SHAH ALAM - Tuntutan insurans bagi kerosakan dan kehilangan harta benda
akibat sebarang bencana alam termasuk banjir, masih boleh dilakukan
sekiranya pemegang insurans mengambil perlindungan tambahan untuk
mana-mana harta mereka.
Pengurus agensi insurans KA Wealth Management, Khairul Anwar Zainuddin berkata, bagaimanapun tuntutan insurans bagi situasi darurat bencana perlu merujuk klausa pengecualian umum yang ada dalam polisi syarikat insurans.
Menurutnya, insurans atau takaful terbahagi kepada dua iaitu insurans hayat atau takaful keluarga dan insurans am atau takaful am.
“Mungkin yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nyatakan semalam (kelmarin) mengenai tidak boleh tuntut insurans jika isytihar darurat merujuk kepada insurans am.
“Tetapi insurans am ada melindungi untuk bencana banjir dalam polisi pemilik rumah. Untuk insurans kenderaan pula, pemegang insurans perlu ambil perlindungan tambahan untuk dilindungi jika disebabkan banjir. Jika tidak, pampasan tidak dibayar kerana polisi perlindungan biasa tidak termasuk banjir,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Terdahulu, Najib menyatakan darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kerugian kepada mangsa.
Menurut Perdana Menteri, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.
Mengulas lanjut, Khairul Anwar memberitahu, mengikut polisi syarikat insurans setakat ini, perlindungan tetap diberikan kepada pelanggannya walaupun darurat jika pemegang mengambil perlindungan tambahan.
“Syarikat insurans akan bayar pampasan mangsa banjir jika mereka mengambil perlindungan tambahan kerana ia ada di dalam kontrak,” katanya.
Tambahnya, rujukan ke mahkamah boleh dilakukan pelanggan sekiranya syarikat terlibat menolak untuk membayar ganti rugi bagi perkara yang termaktub dalam kontrak polisi selagi menepati syarat-syarat yang ditetapkan dalam polisi dan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang.
“Apa yang pasti, insurans tidak lindungi jika berlaku peperangan, mogok, rusuhan, gangguan awam, penentangan, revolusi dan rampasan kuasa bersenjata seperti tertulis di dalam polisi,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan