HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Disember 2014

Tukar nama jalan baik, tapi…

 
Adalah lebih baik hal ini dilakukan terhadap jalan-jalan baru agar tidak menimbulkan kekeliruan


lim lip engKUALA LUMPUR : Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng mencadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menamakan jalan atau kawasan pembangunan baru sempena nama-nama bekas Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, keputusan untuk menukar nama jalan sempena bekas Yang di-Pertuan Agong adalah keputusan yang baik, demi mengingatkan orang ramai tentang jasa-jasa dan legasi mereka.

“Tetapi adalah lebih baik hal ini dilakukan terhadap jalan-jalan baru, memandangkan terdapat banyak pembangunan di Kuala Lumpur serta tidak timbul kekeliruan dan pertambahan kos untuk menukar nama jalan-jalan yang lama wujud,” katanya, Roketkini melaporkan.

Lip Eng turut mencadangkan agar dinamakan semula lapan daripada sekitar 30 lebuhraya di negara ini (Sprint, SUKE, DUKE dan sebagainya) demi memperingati bekas-bekas Yang di-Pertuan Agong, sekiranya benar Kabinet begitu serius mengenai perkara itu.

“Kuranglah sedikit kekeliruan memandangkan tidak ada banyak kawasan perumahan atau bangunan pejabat di tepi lebuhraya,” ujarnya.

Beliau turut mengulas kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bahawa keputusan menukar nama lapan jalan utama itu bukan dibuat atas permintaan Majlis Raja-Raja, tetapi keputusan itu dibuat oleh KWP.

Timbalan Menterinya, Datuk M Loga Bala sebelum ini berkata keputusan itu dibuat oleh kabinet pada Jun lalu, setelah dipohon oleh Majlis Raja-Raja.

“Kenapa Menteri Wilayah Persekutuan harus mengambil masa sehingga empat hari untuk memberi pencerahan tentang pengumuman yang diberikan oleh timbalannya?

“Melihat respon negatif dan sambutan kurang baik daripada orang ramai seperti dilaporkan media, saya mengalu-alukan jika Kabinet memutuskan untuk mempertimbangkan semula keputusan rancangan ini,” katanya.

Tiada ulasan: