Shamsudin: Tidak perlu serahkan kepada wakil rakyat BN
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsudin Lias berkata sekiranya kerajaan negeri bertegas untuk memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada pembangkang, mereka boleh menyampaikan wang tersebut terus kepada rakyat.
“Pihak kami tidak akan menerima peruntukan itu, tidak perlu menyerahkannya kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN),” tegas beliau.
Tambah beliau, pihaknya juga menggesa supaya kerajaan negeri menyalurkan wang tersebut berjumlah RM700,000 kepada penyelaras DUN seperti yang telah diperuntukkan.
Shamsudin berkata, walaupun ADUN BN tidak diberikan peruntukan oleh kerajaan negeri mereka masih boleh berkhidmat kepada rakyat.
“Sejak dari 2008 lagi kita (BN) tidak pernah menerima peruntukan dari kerajaan negeri, tapi masih boleh berkhidmat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Annex DNS.
Apabila ditanya sama ada Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan kepada ADUN BN Selangor, beliau memberitahu, kerajaan pusat telah memberi peruntukan secara tidak langsung seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara terus kepada rakyat.
Selain itu, kerajaan pusat juga telah memberi peruntukan jalan raya dan juga sekolah untuk kemudahan rakyat Selangor.
“Kalau kerajaan pusat tidak beri kepada kita (ADUN BN), kita tidak minta,” ujarnya.
Sebelum ini Menteri Besar Selangor, menggesa (ADUN BN) supaya menerima wang tersebut untuk diagihkan kepada rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan