SETIU - Sebanyak 60 penternak ikan di daerah ini, mengalami kerugian kira-kira RM1.6 juta akibat bencana banjir baru-baru ini.
Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Setiu, Mohamad Zulkifly Jusoh berkata mereka terdiri daripada 45 penternak ikan dalam sangkar dan 15 penternak kolam asuhan ikan marin.
"Dalam kejadian banjir itu (dari November 2014 hingga Januari lepas), banyak sangkar rosak, ikan mati dan hanyut, dan kemudahan asas turut mengalami kerosakan," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Mohamad Zulkifly yang juga anggota Parlimen Setiu berkata bantuan kewangan, input dan pembaikan fizikal perlu diberikan segera kepada penternak terbabit supaya mereka boleh meneruskan kembali aktiviti ternakan ikan.
Beliau berkata daerah Setiu telah mengalami tiga gelombang bencana banjir akibat hujan lebat dan air laut pasang besar yang berlaku dalam tempoh tersebut.
Berikutan bencana itu, benteng di Laguna Setiu, Kampung Gong Batu yang merupakan kawasan perikanan di daerah tersebut telah pecah dan hampir keseluruhan ikan penternak terbabit, mati atau terlepas.
Projek ternakan ikan di kawasan Laguna Setiu merupakan projek ekonomi untuk nelayan kerana ia mengeluarkan hasil hampir RM10 juta setahun. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan