PETALING JAYA - Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh
Rao mendesak Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberi penjelasan
berhubung kandungan dokumen Langkah Kajang yang didakwa berniat
menghancurkan ekonomi negara melalui serangan melemahkan nilai Ringgit
Malaysia (RM).
Menurutnya, sekiranya perkara itu fitnah seperti didakwa Rafizi sebelum ini, beliau menuntut supaya Ahli Parlimen Pandan tersebut tampil untuk menafikan perkara itu dengan membuat laporan polis.
Beliau juga mempersoalkan sikap berdiam diri yang diambil Rafizi, tanpa membuat laporan polis meskipun didesak pelbagai pihak dengan hanya menjawab kenyataan itu dalam media massa sahaja.
“Jika ia fitnah, mengapa tiada laporan polis dibuat, sedangkan kita tahu isu-isu kecil mereka akan membuat laporan polis.
“Mereka hanya berani membuat kenyataan dalam media massa sahaja,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, semalam.
Dalam kandungan dokumen Langkah Kajang yang dipaparkan laman sesawang www.pisau.net itu, Fasa 4 I dan II antara lain menyebut menjelang pembubaran Parlimen dan menjatuhkan pasaran saham ke tahap terendah bagi menyatakan ketidakyakinan pelaburan kepada kerajaan
Kandungan itu turut menyatakan serangan mata wang Fasa 2.0 dengan bantuan asing melalui penjualan ringgit skala besar yang akan menyebabkan ringgit menjadi murah pada kadar minimum RM3.90 per Dollar (AS$).
Ramesh berkata, perkara itu kini sedang berlaku dan bimbang akan berlaku seratus peratus.
“Nilai ringgit semakin turun dan bimbang apa yang dinyatakan dalam dokumen ini ada kaitannya,” katanya yang turut meminta siasatan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat ketulenan dokumen terbabit.
Ramesh turut mencadangkan supaya PDRM melaksanakan ujian pengesan penipuan sebagai langkah pro aktif terhadap mereka yang didakwa bagi mendapatkan bukti dan kebenaran.
Sementara itu, menjawab dakwaan Ramesh Rao, Rafizi ketika dihubungi Sinar Harian mengalu-alukan sebarang siasatan terhadapnya kerana yakin dokumen itu palsu dan digunakan untuk memfitnah.
Rafizi berkata, beliau tidak akan membuat laporan polis, kerana dakwanya hanya membuang masa polis dan cukup dengan satu laporan yang telah dibuat pihak terbabit.
“Saya yakin polis akan dapati dokumen terbabit adalah palsu. Ini hanyalah sebagai satu cubaan mengalih perhatian rakyat dari kegagalan pentadbiran ekonomi negara,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataan media mengesahkan dokumen Langkah Kajang yang tersebar itu adalah palsu dan fitnah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan