PASIR MAS - Sudah lebih setahun longkang yang dalam dibiarkan tanpa
penutup di sini, dipercayai dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
Keadaan itu hanya mengundang bahaya orang ramai yang lalu-lalang di kawasan berkenaan
Orang awam, Mohd Khazani Mustapa, 19, berkata, kawasan tersebut merupakan laluan utama orang ramai terutama pejalan kaki.
“Jika longkang tanpa penutup ini terbiar begini tanpa apa-apa tindakan, dibimbangkan membahayakan orang ramai yang melalui kawasan ini terutama pada waktu malam.
“Sudah lebih setahun masalah ini berlarutan tanpa sebarang penyelesaian daripada pihak berkenaan," katanya.
Sementara itu, Zury Azwa, 23, pula berkata, kawasan tersebut adalah lokasi tumpuan orang ramai kerana ia berhampiran bank, pejabat kerajaan dan kedai.
“Walaupun belum ada lagi kejadian tidak diingini berlaku tetapi tindakan harus diambil sebagai langkah berjaga-jaga.
“Jangan pula tunggu sehingga ada yang cedera jatuh longkang, barulah tindakan diambil," katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian ke lokasi tersebut di Jalan Masjid Lama, Bandar Pasir Mas mendapati, tiga longkang tidak mempunyai penutup.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan