Apabila gerakan Islam tidak dipimpin oleh ulama, akan tiba masanya individu yang menjadi pemimpin boleh menyesatkan orang lain.
SERDANG : PAS perlu kembali kepada usaha menegakkan Islam yang dipimpin oleh ulama, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Beliau berkata, apabila gerakan Islam tidak dipimpin oleh ulama, akan tiba masanya individu yang menjadi pemimpin boleh menyesatkan orang lain.
“Atas sebab itulah, dalam konteks kita berhadapan dengan politik malaysia, kita mengambil sebab bertahaluf. Perlu lihat dengan siapa kita bertahaluf, ini satu keputusan yang besar dibuat oleh Masjlis Syura,” jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan usul yang bertajuk Gerakan Islam Pasca Arab Spring semasa Multaqa Ulamak Se-Malaysia kedua di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya.
Mengulas lanjut, Zuhdi berkata, antara tahaluf siyasi yang dijalankan oleh parti itu ialah bersama parti DAP dan PKR dengan golongan yang lahir pada 1970-an tahu mengenai kedua-duanya secara ideologi dan perjuangan.
“Dalam PKR ini ada kumpulan Islam, ada bekas-bekas UMNO, ada pejuang hak asasi manusia.
“Kedua-dua rakan Pakatan Rakyat ini ada proksi hubungan dengan ngo (pertubuhan bukan kerajaan), antara ngonya seperti Sister In Islam, Comango,” katanya.
Dalam pada itu, Zuhdi menggambarkan tahaluf siyasi yang dipilih PAS merupakan sebuah jalan yang penuh rimba.
Katanya dalam hutan rimba tersebut ada buah buahan, manisan, makanan, tetapi ada juga ‘haiwan’ merbahaya seperti harimau dan babi.
“Maka kita hendaklah ikut orang yang membawa kita dalam hutan rimba… yang membawa kita ke dalam hutan rimba ini dibekalkan dengan kompas, yang telah ditunjukkan oleh ulama, Majlis Ulama.
“Dia juga membawa lampu suluh yang telah dibekal oleh ulama… dia ialah presiden kita,” katanya.
Beliau memberi peringatan, penting untuk mendengar kata ketua ketika dalam hutan rimba tersebut supaya ‘tidak ditelan babi’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan