Pilihanraya PBT dan keadilan yang ingin dicapai tidak boleh sama-sekali disamakan dengan sistem beraja.
PETALING JAYA : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak seharusnya ‘merepek-meraban’ terlalu jauh dan mengaitkan dengan sistem beraja sebagai hujah sandaran dalam isu PAS dan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” kata bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin.
Shahbudin turut menyindir bahawa kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan sahaja tidak kena, malah telah tersasar hingga ke Ethopia.
“Kenyataan Nik Abduh mengaitkan pula pilihanraya PBT dengan keadilan dan sistem berajaya yang kita amalkan, bukan saja boleh melebarkan persengketaan, malah seperti meneruskan provokasi yang tidak sewajarnya.
“Pilihanraya PBT dan keadilan yang ingin dicapai tidak boleh sama-sekali disamakan dengan sistem beraja. Sistem beraja adalah sesuatu yang sudah termaktub dalam perlembagaan dan tidak boleh diubah lagi,” katanya dalam entri terbarunya shahbudindotcom.blogspot.com.
Shahbudin turut mempertahankan DAP bahawa parti itu tidak pernah menolak sistem beraja yang diamalkan kini dan DAP hanya mahu menerapkan keadilan serta menolak amalan kronisme.
“Jadi bagaimana pilihanraya PBT cuba mahu disamakan dengan sistem beraja? Jika mahu bercakap tentang keadilan, menjadikan sistem beraja sebagai hujah menolak pilihanraya PBT juga adalah sesuatu yang tidak adil sebenarnya,” katanya.
Tambahnya, dalam situasi kini, adalah lebih baik menggunakan meja rundingan bagi menyelesaikan masalah seperti ini.
“Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan jika konsep demokrasi dan keadilan itu difahami dengan sebenar-benarnya oleh semua pihak,” ujarnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan