HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 Februari 2015

Pakatan akan pulih atau terpecah selepas Anwar dipenjarakan




Oleh Hazlan Zakaria 


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai 'gam' yang menyatukan pakatan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat melalui karisma dan kelicikan politiknya, atau menurut beberapa pihak, sebagai perantara di antara PAS dan DAP. Adakah pemenjaraannya akan menghancurkan kerjasama mereka, atau membantu memulihkan keadaan mereka?

Pada 10 Februari, persoalan sama ada Anwar akan kehilangan kelayakan sekali lagi kerana sebuah lagi sabitan jenayah akan terjawab.

Ini kerana Mahkamah Persekutuan yang telah mendengar rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk membatalkan pembebasannya dari kes Liwat II sebelum itu, pada tarikh tersebut akan mendedahkan penghakimannya.

Pada usia 67 tahun, Anwar sudah berada di penghujung kerjaya politiknya, setelah kehilangan usia kemuncaknya kepada hukuman penjara dalam sabitan jenayah sebelum ini.

Jika keputusan bersalah Liwat II beliau dikekalkan, maka dia mungkin akan dipenjarakan sehingga 20 tahun, dan menjadikan penglibatan beliau dalam Pakatan di masa hadapan sebuah prospek yang tidak mungkin dalam jangka masa panjang, dan pelucutan kerusi Parlimen beliau secara automatik dalam jangka masa pendek.

Sewaktu kebebasan dan kerjaya politik Anwar berada di hujung tanduk, persoalan utama yang timbul sekarang ialah jika ia akan menyebabkan Pakatan, pembangkang yang berjaya menyaingi BN dalam pilihan raya umum lepas, terbubar.

Malah, beberapa pihak melihat kegagalan Anwar untuk mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat selama beberapa bulan lalu, sebagai tanda-tanda penamatnya.
Anwar sentiasa berjaya melaksanakan magisnya bagi memulihkan, atau setidak-tidaknya menyembunyikan, apa-apa isu semasa dan menyatukan semua.

Tetapi dengan pemenjaraan beliau yang mungkin berlaku, pakar-pakar menegaskan bahawa dinamis perpecahan telah pun berjalan, kerana dia adalah kompromi yang telah mengawal hubungan antara ahli-ahlinya yang bertentangan ideologi. Desas-desus semakin banyak, ada yang menyatakan bahawa PAS akan keluar untuk bersatu kembali dengan parti yang mereka tinggalkan lama dahulu, iaitu Umno dalam pakatan perpaduan Islam-Melayu.

Namun begitu ada pihak-pihak lain mengingatkan bahawa pengkhianatan terdahulu Umno terhadap PAS menjadikannya tidak mungkin. Manakala yang lain melihat DAP akan membuka jalan bagi sebuah pakatan sosialis, dengan parti kelas pekerja dan berdasarkan ideology yang sama seperti PSM. Namun kerana masih ada dendam antara PSM dan Pakatan, ini juga masih belum dapat dipastikan. Tetapi, kemungkinan Pakatan terselamat adalah tidak mungkin, terutamanya dengan keadaan yang semakin meruncing di antara DAP dan PAS.

 Perpecahan dalaman PKR semasa krisis MB Selangor juga tidak membantu sama sekali, kerana ia bukan sahaja mengalihkan perhatian Anwar dari memulihkan hubungan itu, tetapi ia juga menjadi peluru dalam percakaran DAP-PAS itu. Tetapi di sebalik semua yang negatif ini, terdapat kebarangkalian bahawa jika tiga parti anggota gabungan ini benar-benar berbincang dan berusaha membina semula perikatan mereka dari asasnya, pemergian Anwar mungkin akan memulihkan keadaan.

Pemerhati-pemerhati berkata yang mula-mula sekali, tingkah laku keras kepala presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dalam perkara-perkara yang melibatkan Pakatan mungkin merupakan kesinambungan daripada persengketaannya dahulu dengan Anwar. Ketiadaan dinamis ini mungkin memulihkan keadaan, walaupun ada baiknya juga jika Hadi diketepikan dan digantikan dengan seorang presiden yang lebih mesra. Dan factor-faktor 'mangsa' dan 'simpati' sebenarnya boleh membawa lebih ramai orang kepada Pakatan terutamanya golongan atas pagar, kerana penyokong-penyokong telah berdegar-degar yang pemenjaraannya akan menyebabkan kebangkitan sejuta lagi 'Anwar'.

Ini boleh memberikan peningkatan kepada pakatan itu yang mereka boleh terjemahkan kepada undi, meluaskan sokongan undi popular yang sudah mereka perolehi. Dan sewaktu ideologi-ideologi dan dasar yang berbeza parti-parti ini bertembung tanpa adanya kawalan Anwar, sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan mereka dari bertelagah.

Kekal sebagai sebuah pakatan akan menjadi sebuah proses yang sukar dan memenatkan, tetapi pada akhirnya ia akan membina sebuah pakatan yang lebih baik yang tidak bertelagah tiap-tiap kali timbulnya perbezaan pendapat. Dan seperti yang dikatakan pelbagai pihak, ketiadaan Anwar mungkin memaksa Pakatan untuk benar-benar menggilap bakat-bakat kepimpinan baru, keluar dari bawah bayang-bayang Anwar dan tidak perlu bergantung kepada ahli politik veteran itu. Ia sukar apatah lagi dengan adanya puak-puak yang berlainan dalam PKR, PAS dan DAP sendiri, ber
saing merebut kuasa. Tetapi darah baru boleh membawa harapan baru dan penyelesaian baru. Sama seperti mengajar orang berenang dengan cara menghumbannya ke dalam air, mungkin Pakatan perlu dicampak ke dalam air yang sejuk, tanpa apa-apa bantuan dari 'pengasas' mereka dan dipaksa untuk selamat.

Sepertimana yang mereka katakan, keluli hanya boleh ditempa dalam api yang panas, pemenjaraan Anwar boleh membentuk sebuah Pakatan yang baru dan lebih baik.

Tiada ulasan: