HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Februari 2015

PAS Selangor belum dapat gambaran jelas pilihan raya PBT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SHAH ALAM: PAS Selangor mahu DAP meyakinkan rakyat dan pemimpin parti politik lain mengenai kebaikan melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempat (PBT) sebelum berhasrat mencadangkannya.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, pada prinsipnya DAP juga perlu meyakinkan PAS bahawa pilihan raya itu mendatangkan manfaat kebaikan berbanding dengan keburukannya.

“Jika ini tidak berlaku, kita tetap dengan pendirian hari ini,” kata ADUN Paya Jaras itu dalam satu kenyataan disiarkan dalam portal berita Harakah Daily.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, Selangor mampu menjadi medan percubaan penganjuran pilihan raya PBT kerana hal itu terkandung dalam manifesto antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau yang juga ahli jawatan kuasa DAP Selangor berkata, Petaling Jaya mungkin dipilih kawasan pertama untuk penganjuran pilihan raya itu namun ia masih belum dimuktamadkan dan perlu dibincang di peringkat tertinggi pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Khairuddin berkata, PAS sehingga kini belum ada kata putus mengenai pilihan raya PBT kerana ia belum pernah dibincangkan dalam sebarang mesyuarat bersama PR.

“Perkara ini tidak pernah dibangkitkan dalam perjumpaan bersama kerana kami hanya berusaha memperkukuhkan kerajaan dan perkara ini hanya diketahui melalui laporan media,” tambanya.

“DAP harus bekerja keras untuk yakinkan rakyat dan pimpinan politik lain tentang perlunya dilaksanakan pilihan raya PBT,” katanya.

Tiada ulasan: