Bekas menteri Datuk Seri S Samy Vellu hari ini menasihatkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri supaya sentiasa menjaga perpaduan kaum di negara ini.
Samy Vellu berkata, sebarang komen berkaitan mana-mana kaum perlu berlandaskan perpaduan bagi mengelakkan sebarang masalah tercetus.
"Saya tidak bercakap tentang dia (Ismail). Tetapi secara umumnya, saya berkata, tiada siapa patut buat begitu. Sebab Ismail rakyat Malaysia, saya rakyat Malaysia semua orang pun rakyat Malaysia.
"Mungkin ada sedikit salah faham mengenai perniagaan dan perkara berkaitan, (tetapi) itu boleh diselesaikan," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis sambutan Hari Thaipusam di Baru Caves hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Ismail (atas) di laman Facebooknya yang menggesa supaya memboikot peniaga kaum Cina yang enggan menurunkan harga barang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan