Dalam
responnya itu, beliau menyatakan hasrat untuk bertemu dan berbincang
mengenai beberapa dakwaan yang saya bangkitkan dalam tulisan tersebut.
Katanya,
beliau ingin bertemu secara langsung dengan saya yang mendakwanya
sebagai sombong berikutan temubualnya dalam The Malaysian Insider,
supaya dapat mendengar sendiri cerita daripada pihaknya pula.
Saya
menunggu balasan dan berharap beliau sedia berjumpa saya. Ini adalah
peluang untuk beliau bertanya secara langsung dengan saya, tulis Razak
Baginda dalam komennya di Facebook Semut Harian.
Secara
peribadi, saya amat berbesar hati atas reaksi dan keinginan Razak
Baginda untuk bertemu dengan saya. Ini iuga merupakan peluang bagi saya,
sebagai penulis, untuk mendengar sendiri banyak perkara mengenai
kontroversi pembunuhan Altantuya itu.
Saya
akan menghubungi beliau dengan seberapa segera dan sekiranya hasil
pertemuan itu dibenarkan untuk dipaparkan kepada umum, saya akan
menulisnya di blog ini dan juga di portal Semut Harian di mana saya
merupakan salah seorang penulis tamunya.
Sudi-sudilah menunggu perkembangan seterusnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan