RAWANG - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Menyewa
rumah serba daif RM150 sebulan bukanlah keputusan terbaik, namun ibu
tunggal, M Kasturi, 36, terpaksa melakukannya demi kelangsungan hidup
dia dan sembilan anak.
Dalam keadaan dinding hampir tercabut dan atas berlubang, kediaman Kasturi akan dimasuki air setiap kali hujan.
Rumah satu bilik itu juga hanya mempunyai sebuah lampu kalimantang yang diletakkan di antara bahagian dalam bilik dan ruang tamu.
Dengan cahaya terhad, di situlah empat anaknya berusia 13 hingga lapan tahun belajar di waktu malam.
Sementara itu, tiga lagi anaknya berusia 18 ,16 dan 14 tahun hanya sempat bersekolah sehingga darjah tiga dan berhenti belajar kerana tiada kemampuan.
Dua lagi cahaya mata berusia empat dan enam tahun masih belum mengerti tentang kepayahan yang terpaksa dilalui ibu mereka.
Menurut Kasturi, dia bekerja sebagai penjual bunga melur setiap Selasa dan Jumaat, dengan pendapatan sekurang-kurangnya RM30 sehari.
“Selepas buat pembedahan di bahagian perut, saya dah tak boleh kerja berat. Jadi anaklah yang bantu berniaga.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga ada beri bantuan RM450 sebulan dan wang itu saya gunakan untuk belanja sekolah dan beli susu anak,” katanya.
Tambahnya, demi meringankan beban anaknya, dia kini sedang berusaha mencari kerja untuk menambah pendapatan.
“Saya tak mahu berpisah dengan anak dan masih boleh jaga mereka, tapi hanya rumah jadi masalah. Saya tak mampu sewa mahal kerana anak masih bersekolah,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan